Kami di UTM, sepanjang PKP ni setiap hari kene punch in dr tempat bekerja masing2.. sis punye setiap hari sama je ..7.1km away from UTM. Memg sah2 duk umah tak g mana kannn.. Erm..rindu plak opis kat UTM. ape kabo gaknye langsir,komputer, printer, meja? biskut cokolat semua dalam laci tu CIK TI dapat selongkar tak?
During MCO
Win for The Day
Setelah penat seharian meeting dan melayan 3Ds. Petang ni kelas master guna WhatsApp je 100%.. ajar cara nak isntall xampp dan buat database connection untuk Dreamweaver.. so far so good.. guna voice note je.. semua pelajar pun dah berjaya buat. Ini idea untuk kelas online bagi pelajar yg ada kekangan data .. takan asyik nak topup je data.. kalau ade byk kelas cemana kan.. so takpe saya pun paham.. yg penting objektif pembelajaran hr ni tercapai.. Anak murid kate kelas hr ni unik tau
Teacher Heart
Dari malam td duk karang ayat nak bg pesanan kat semua pelajar untuk kelas2 yg ade.. Dah ghupe ucapan Selamat Hari Raya..
Extend The Teaching Method
Dalam memastikan tiada seorang pun pelajar saya tercicir akibat kekangan line internet mahupun peralatan sperti komp bagi meneruskan pembelajaran secara atas talian sehingga ke hujung sem, saya kene fikirkan pelbagai kaedah bg memudahkan mereka. Lebih mencabar saya ajar subjek programming (kelas master & degree) dan bukannya kelas teori. Kelas yg memerlukan aktiviti hands on selalunya di buat di makmal komp tp sempena PKP dan Covid 19 ini terpaksa di jalankan menggunakan laptop/hp pelajar di rumah masing2..segelintir pelajar lptop tertinggal di utm, ada yg tinggal di kawasan yg line internet nya sgt slow.Jadi, persiapan pembelajaran sejak awal lagi dah dilakukan dengan rapi.. Merancang aktiviti sync(segerak) dan async(tak segerak) bagi pelajar memg mengambil masa yg lebih dr selalu.. Apa yg saya buat antaranya adalah saya senaraikan semua bahan P&P saya dalam 3 mode .
.1. Elearning – platform utama P&P UTM, mudah nak akses bg yg ade internet & laptop
2. Mesej WhatsApp – supaya semua boleh klik je bahan2 tu dr hp masing2 tnpa layari elearning.
3.File PDF- untuk simpanan peljr nak rujuk kemudian hari Ternyata peljr sgt menghargainya.
Harapnya dapatlah membantu pljr2 saya mana yg mempunyai kekangan. Semoga semua ini berakhir nnti.. Kami di UTM inginkan yg terbaik untuk semua pelajar..
Engagement and Commitment 100%
Wpun tak bersua muka.. kelas pun kebanyakkannya menggunakan medium whatssap jek.. tp kehadiran tetap penuh untuk seksyen ini..Tu pun dah cukup membahagiakan hati sis ya.. Gigih tau pensyarah deme prepare bahan mengajar tgh2 malam, rekod video sorg2..
Pengajaran Maya Sepenuhnya
Esk ade kelas programming guys.. Lain macam nebes di kala PKP ni.. nak bg anak murid paham nak tulis coding di kala masing2 di rumah. Erm, subjek pembangunan mobile apps ni ye.. Nebes die, sampi termimpi2 oii, punye tak lena tido… Sedar2 baru 3.30 pagi…
Selia Latihan Mengajar
Polish skill membaca dan menulis jawi petang ni.. Jgn tak tau k.. sis dulu jawab SPM kertas pendidikan islam fully in JAWI oke.. kawan2 dalam kelas semua jawab RUMI.. sis dengan sorg kawan sis je jawab paper dengan tulis jawi.. so ustazah selalu bg bonus mark
ONLINE WEEKEND CLASS WITH DR DAYANA
Disebbkan minggu lalu membatalkan kelas kerana ada kecemasan di kampung, maka hr ni proses mengganti kelas. Tp disebbkan kelas ni terdiri dari pelajar drp 3 kursus berlainan. Takde masa lain yg sesuai untuk ganti kelas selain online kelas di hari minggu… (ofkos jadual diorg pack, jadual pensyarah diorg ni lagi laaa)Settle online kelas dengan anak murid jap td, total semua 30org.. respon mereka..”Best jugak kalau kelas online ni dr, dari atas katil pun boleh online” – (Oke- yg ni confirm malas mandi)”Dr buat selalulah online kelas, tak yah kitorg bersiap cantik2 nak g kelas” – (Yang ni sure pakai selimut je boleh jadikan tudung masa online)Haha.. sis pun sempat makeup oke sebelum on video tadi.. Apapun sis happy. Attandance pun diorg sign online td pakai QR Code UTMSmart dr HP masing2.. Ok dah.. Jom masakkkkk plak..Happy weekend semua…
Class At UTM KL
Good Morning Kuala Lumpur.. Jom sambung menoreh pagi ni
Jigsaw Puzzle
Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic) UTMAnak murid petang ni adalah dr kalangan Engineer, Technician, Supervisor, Trainer, Calibrator dan byk lagi.. So petang ni Dr Dayana implement kaedah Jigsaw Puzzle mengintegrasikan Google Slide