Tugas pertama yang digalas adalah Guru Bertugas Minggu 3 iaitu sepanjang 13 Januari sehingga 17 Januari 2019. Kemudian giliran menjadi guru bertugas mingguan juga telah di galas pada minggu 19 (12 Mei hingga 16 Mei) dan Minggu 35 (22 September hingga 26 September). Setiap minggu seramai 4 orang guru bertugas akan bergilir-gilir dalam melakukan tugasan seperti menjaga pintu pagar Sekolah A atau B, Mengelola perhimpunan pagi dan juga menjaga kantin semasa waktu rehat menengah rendah dan menengah atas. Pengalaman menjadi guru bertugas ini memberikan saya pengalaman dalam menjaga kawalan disiplin sekolah secara keseluruhan setiap hari
Guru Bertugas Minggu 3, Minggu 19 dan Minggu 35
Posted on January 13, 2019 ·