HARI KESEDARAN SEDUNIA

15 September merupakan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang disambut setiap tahun.Apa itu kanser limfoma❓Kanser limfoma adalah kanser darah yang terjadi apabila sel limfosit (sel darah putih) membiak di luar kawal. Gejala utamanya adalah benjolan di leher, ketiak atau pangkal leher selain daripada demam berpanjangan, hilang selera makan, hilang berat badan serta ruam dan kegatalan kulit. Kenali tanda dan gejala. Pengesanan awal boleh menyelamatkan anda.