Hari Sukan Sekolah

Hari Sukan SMKTDS telah berlangsung pada 7 Mac 2019 (Khamis). Sebagai guru sukan rumah Jingga, saya telah bertanggung jawab untuk membantu dalam persiapan Khemah dan juga makanan dan minuman untuk pelajar. Kesemua guru-guru rumah sukan Jingga telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan perhiasan khemah dan juga perhiasan untuk pelajar yang terlibat dalam acara perbarisan.