HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN UTMFleet BERKAITAN ADUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS

‎[ HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN UTMFleet BERKAITAN ADUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS ]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

Pada 17 Mei 2023 (Rabu) Jabatan Kelestarian Kampus MPP UTM JB telah mengadakan satu perjumpaan bersama UTM Fleet bagi membincangkan tentang isu kelewatan perkhidmatan shuttle bas yang sering berlaku.
Hasil dapatan perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut :

  1. Pihak UTM FLEET dan UTM Digital sedang dalam perancangan bagi mengaktifkan sistem GPS Bas ke dalam UTMSmart.
  2. Pihak Jabatan Kelestarian Kampus mengambil maklum tentang ketiadaan perkhidmatan shuttle bas pada masa-masa yang tertentu. Namun begitu, kami memerlukan bantuan para mahasiswa/wi untuk memberi maklum balas berkaitan alternatif masa yang diperlukan bagi menyediakan rancangan jadual perkhidmatan shute bas yang lebih baik sesuai dengan keperluan pelajar melalui google form TINJAUAN ADUAN SHUTTLE BAS UTM.
  3. Perubahan penjadualan shuttle bas juga sedang dirancang dengan sela masa 15 minit bagi meningkatkan kecekapan pergerakan shuttle bas di UTM.
  4. Jadual perkhidmatan shuttle bas di dalam UTMSmart masih diguna pakai sebagai rujukan mahasiswa/wi. Namun begitu, mahasiswa/wi boleh mengisi google form TINJAUAN ADUAN SHUTTLE BAS UTM yang disediakan sekiranya mempunyai aduan tentang perkhidmatan shuttle bas.
  5. Semasa cuti semester yang akan datang, sebuah van bagi setiap jam akan disediakan bagi kemudahan kepada para mahasiswa/wi di dalam UTM. Bagi pelajar antarabangsa yang memerlukan perkhidmatan van atau bas anda boleh menghubungi pihak UTMI untuk urusan tempahan yang selanjutnya mengikut keperluan.
  6. QR code tinjauan aduan shuttle bas UTM juga akan ditampal di kawasan perhentian bas bagi memudahkan para mahasiswa/wi membuat aduan berkaitan perkhidmatan shuttle bas.
    Aduan berkaitan perkhidmatan shuttle bas boleh dilakukan di link yang berikut :
    https://forms.gle/5cgeGNJ5crHs5ga36

Sekian, terima kasih.

Jabatan Kelestarian Kampus

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023