INFO TERKINI

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah melancarkan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Dementia (Third Edition) dan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Schizophrenia (Second Edition) di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur hari ini. Kesihatan mental adalah agenda negara yang penting pada ketika ini. Persidangan tahunan Malaysia (MCPM) 2022, adalah antara platform untuk menangani kepentingan kesihatan mental untuk penyedia penjagaan kesihatan untuk berkongsi pengetahuan baharu dalam psikiatri, menambah baik pemahaman berkaitan pelbagai isu kesihatan mental. Management of Dementia (Edisi Ketiga) dan Management of Schizophrenia (Edisi Kedua) merangkumi pengurusan holistik termasuk pencegahan, saringan, diagnosis awal, rawatan, susulan dan rujukan secara umum.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Dr. Hazli Zakaria, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia.