JOM IKRAR

Hari ini melalui Twitter rasmi YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah berikrar untuk menjadi penderma organ dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Beliau telah pun berikrar sebagai penderma organ sejak tahun 2015. Pengikrar derma organ yang pernah mendaftar sebelum ini boleh mendaftar semula melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan kad Pengikrar Derma Organ baru secara digital. Bagi mereka yang sudah pernah mendaftar sebelum ini, rekod pendaftaran sedia ada mereka juga akan dikemaskini secara automatik dalam aplikasi MySejahtera.Jom ikrar!#DermaOrgan#FollowYourPledge