Karnival dan Pameran Mega STEM, SMK Sultan Ismail, JB

Satu karnival dan pameran mega STEM telah diadakan pada 11 April 2018 bertempat di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Karnival dan pameran mega STEM ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap aplikasi sains, teknologi, engineering dan matematik dalam pendidikan. Penganjuran karnival ini, memberi peluang kepada pelajar untuk melihat lebih dekat dan melakukan aktiviti hands on yang berkaitan. Kerjasama bagi melaksanakan program ini mendapat sambutan baik dan respon yang sangat positif dari pelajar. 

Gambar menunjukkan antara aktiviti yang dilaksanakan di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru:

   

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga penganjuran kanival seperti ini memberi banyak input dan ilmu bukan sahaja kepada pelajar malah kepada pihak sekolah.