Kenyataan Akhbar Biasiswa Mybrain 15

Assalamualaikum, hi!

Hari ini nak share berita menarik! Jom baca….

mybrain

Klik untuk gambar yang lebih jelas

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, KENYATAAN AKHBAR BIASISWA MYBRAIN15

1. Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan skim MyBrain15 sejak 2011 yang melibatkan MyPhD, MPhD Industri dan MyMaster.

2. KPT ingin meneruskan kejayaan skim ini, dan dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pada 26 Januari 2016, seramai 300 orang pelajar lagi akan ditaja di bawah Program MyPhD.

3. Penajaan tersebut melibatkan bidang keutamaan Sains & Teknologi selaras dengan objektif utama MyBrain15.

4. Fokus skim MyBrain15 tertumpu kepada pelajar pengajian sepenuh masa di Universiti Awam sahaja. Pemohon harus juga bebas daripada senarai hitam PTPTN dan mempunyai purata CGPA 3.3 di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda. Had umur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2016 juga akan diberi keutamaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
22 JANUARI 2016
PUTRAJAYA

Jom sambung belajar!