LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

[LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

29 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Lawatan penanda aras yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang ke Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung selama satu hari bagi membincangkan tentang agenda pemerkasaan mahasiswa dan struktur organisasi masing-masing.

Perbincangan berkenaan struktur organisasi Kesatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang yang mempunyai perbezaan struktur dan cara tersendiri dalam membentuk cara menjalankan tugas. Hasil perbincangan tersebut dapat diperhatikan bahawa MPP UMP mempunyai 3 jabatan utama yang terbahagi kepada beberapa jabatan kecil yang bernaung dalam setiap satu jabatan utama, manakala KM UTM pula mempunyai 6 jabatan yang mempunya kategori tertentu terhadap setiap jabatan.

Telah dibincangkan juga bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang masih berada dalam organisasi Majlis Perwakilan Pelajar manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa Kesatuan Mahasiswa. Antara perkara yang dibincangkan adalah dengan pembentangan modul pemerkasaan mahasiswa dalam fakulti sebagai salah sebuah inisiatif daripada wakil mahasiswa untuk bergerak ke arah fasa kesatuan mahasiswa.

Kelebihan yang dapat dilihat daripada pihak UTM adalah supaya mahasiswa mempunyai kuasa autonomi dan hak bersuara mahasiswa dapat didengari dan diimplimentasi tanpa ada cengkaman dari mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu, lawatan ini juga telah mengeratkan hubungan sesama mahasiwa/i dengan menjalankan aktiviti yang menarik iaitu ‘Campus Tour’. Seramai 17 orang termasuklah MPP UMP dan sekretariat telah terlibat secara langsung

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.