Memori @ SMK Taman Desa Skudai

1/1/2019 hingga 31/12/2019

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat dan InayahNya dapat saya menyelesaikan dengan jayanya Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai selama setahun bermula dari 1 Januari 2019 hinggalah 31 Disember 2019.

              Pertamanya, sekalung penghargaan kepada pihak Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead), Kementerian Pendidikan Malaysia di atas sokongan serta kelulusan yang diberikan untuk menjalankan Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai ini

              Keduanya, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua Sek. Men. Keb. Taman Desa Skudai, Tuan Ahmad Shakir Jaafar yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sekolah ini. Beliau amat menyokong penuh untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sini bagi mendapatkan pengalaman bergelar seorang pendidik.

              Jutaan terima kasih juga kepada Pn Rosilah Mohd iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang bertindak sebagai penyelia saya sepanjang sesi latihan ikhtisas yang dilalui. Segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan amat amat saya hargai. Terima kasih tak terhingga juga buat mentor saya En Mohamad Arisa Judin. Bantuan dan pertolongan terutama berkaitan bidang Sains Komputer di sekolah amatlah bernilai kepada diri ini.

              Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan guru dan staf sokongan terutama Kelab Kebirus SMK Taman Desa Skudai. Kebaikan, kemurahan hati, kasih sayang, pertolongan dan gurau senda yang dicurahkan kepada saya akan sentiasa diingati dan dikenang.

              Buat anak didik 5 UKM, Cikgu Doakan semoga semuanya cemerlang dalam SPM 2019 yang telah dilalui seterusnya berupaya menjejak kaki ke menara gading, Insya Allah.  Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Ikhtisas. Segala pengalaman manis yang diperolehi sangatlah berharga dan akan dimanfaatkan sebaiknya dalam proses pembelajaran dan  pengajaran di IPT serta dikongsikan menerusi penulisan.

Sekian Terima Kasih, Wasalam

#latihanikhtisas2020 #dayanaatschool2019