PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

11 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Untuk makluman mahasiswa/i, Jabatan Pendidikan Tinggi telah meneliti permohonan berkenaan dengan kelonggaran pemakaian Dasar Pelaksanaan Takwim Peperiksaan dan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada UTM Johor Bahru untuk mengadakan peperiksaan pada hari Ahad manakala UTM Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Sehubungan dengan itu, kelonggaran ini berkuatkuasa mulai Semester 2 Sesi 2022/2023 dan hanya terpakai bagi penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.

Sekian,terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.