Penyerahan Hadiah Wang Tunai kepada SMK Tun Habab

Hari ini team FSSH UTM turun ke Kota Tinggi Bandar Bersejarah bukan untuk mencari belangkas, tapi mencari pengetua hebat Encik Zakaria di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab Kota Tinggi untuk menyampaikan hadiah wang tunai Cabaran 3 Minit STEM yang dianjurkan tempoh hari secara depan-depan. Peserta dari SMK Tun Habab antara teramai yang menyertaian Cabaran 3 Minit STEM dan pemenang terbanyak dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Sikap pro aktif pelajar di dorong oleh guru-guru serta sokongan padu dari warga SMK Tun Habab wajar dicontohi oleh sekolah-sekolah lain supaya kluster kecemerlangan dalam kalangan pelajar di Kota Tinggi meningkat.

Kepada pelajar atau cikgu-cikgu SMK Tun Habab yang nak sambung belajar di UTM utamanya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di block pendidikan boleh la berjumpa saya, insyallah saya bantu pelajar-pelajar saya macam cikgu-cikgu di SMK Tun Habab.