Program Pembelajaran Pendidikan Drone Edu Challenge IR 4.0 2021 (DEC4IR)

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama/inisiatif daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai tuan rumah akan menganjurkan Program Pembelajaran Pendidikan Drone Edu Challenge IR 4.0 2021 (DEC4IR).

Program ini merangkumi program pembelajaran dan pertandingan mengenai teknologi dron dan teknologi revolusi industri ke-4. Program ini telah dirangka untuk dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya tanpa perjumpaan fizikal yang merangkumi pelaksanaan webinar bersiri yang bakal disampaikan oleh pakar-pakar akademik dan industri, siri penilaian berbentuk aktiviti kuiz/tugasan dan sesi temu bual bersama panel pakar dari industri dan akademik.

? Tarikh Tutup Pendaftaran : 25 Jun 2021 (JUMAAT)

? DEC4IR terbuka kepada semua murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

? 6 Kategori Pertandingan : * Sekolah Menengah (Atas)* Sekolah Menengah (Rendah)* Sekolah Rendah (Tahap Dua)* Sekolah Rendah (Tahap Satu)* Pendidikan Khas Sekolah Menengah* Pendidikan Khas Sekolah Rendah

? Trofi, wang tunai dan sijil untuk dimenangi

? Maklumat lanjut pertandingan : www.dec4ir.com

May be an image of text that says "Penganjur UTM UNIVERSITI TEKNOLOGIMALAYSIA https://dec4ir.com ပ DRONE Edu Challenge MEI DISEMBER 2021 DALAM TALIAN SEPENUHNYA PENDAFTARAN Secara atas talian: www.dec4ir.com (Diisi olbbg sahaja) KATEGORI Sekolah Menengah (Atas) (Rendah) HADIAH Sekolah Tahap Pendidikan Khas Sek. Menengah) Pendidikan Khas Sek. Rendah) Hadiah berjumlah RM30 ,000.00 Penyertaan Peringkat Peringkat f droneeduchallenge angsaan droneeduchallenge mydrone@utm.my HumEn SITCK OAACHIDRONE"