SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI NOOR AISYAH BINTI SHAHABUDDIN

[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI NOOR AISYAH BINTI SHAHABUDDIN]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
18 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Siti Noor Aisyah Binti Shahabuddin di atas pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di dalam Sukan SEA Kemboja 2023. Saudari Siti Noor Aisyah memenangi pingat gangsa dalam acara sukan judo kategori bawah 70kg. Semoga pencapaian Saudari Siti Noor Aisyah menjadi pemangkin semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain untuk mengharumkan nama UTM di persada antarabangsa.
Ikhlas daripada
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.