[PENANGGUHAN PELAKSANAAN KAMPUS TERBUKA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU]
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.3/2023 pada 07 Februari 2023 telah bersetuju menangguhkan pelaksanaan Kampus Terbuka di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru.
Penangguhan pelaksanaan ini akan melibatkan pembukaan semula jalan yang ditutup seperti berikut:
i. Susur masuk ke Bangunan F53 dan F54 dari Jalan Universiti
ii. Jalan Stadium ke Lingkaran Ilmu
iii. Jalan Stadium ke Jalan Kempas 1
iv. Jalan Kolam Air ke Jalan Kempas 1
v. Pembukaan Pembahagi Jalan di Tasik Ilmu
Penangguhan ini juga akan melibatkan pos penempatan pengawal dikembalikan ke lokasi asal.
Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar UTM berharap agar seluruh warga Universiti untuk mengambil maklum berkaitan perkara ini. Penangguhan pelaksanaan Kampus Terbuka akan berkuat kuasa dari tarikh Pekeliling Pentadbiran ini dikeluarkan.
Pekeliling Pentadbiran ini membatalkan Pekeliling Pentadbiran Bil.44/2022 bertarikh 13 November 2022 berhubung Pelaksanaan Kampus Terbuka di Universiti
Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023
