SALAM TAKZIAH

Takziah kepada keluarga dan sahabat kepada pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur, Nurul Huda Salikin yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Februari 2023.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Al-Fatihah…

CONGRATULATIONS

Congratulations Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin and Assoc. Prof. Dr. Zaleha Abdullah for being selected as the recipients of ‘Recognised Research Supervisor’ by the UK Council for Graduate Education (UKCGE) for their excellent supervisory practices.
https://news.utm.my/2023/02/ukcge-recognises-utms-prof-dr-nor-haniza-sarmin-and-assoc-prof-dr-zaleha-abdullah-for-excellence-in-research-supervision/

SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT KE-90

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke-90 kepada semua warga Angkatan Tentera Darat Malaysia termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat dalam menjaga kedaulatan negara dan di atas pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah menjaga keselamatan dan membantu rakyat.

‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’

keranaTuhanuntukmanusia

RESEARCHER OF THE WEEK

Our Researcher of the Week for this week is Assoc. Prof. Dr. Nurulhuda Firdaus Mohd Azmi, from the Department of Advanced Informatics, Razak Faculty of Technology and Informatics, UTMKL .
Get in touch with Assoc. Prof. Dr. Nurulhuda Firdaus Mohd Azmi through :-
Website: https://people.utm.my/hudafirdaus/
UTM Scholar: https://utmscholar.utm.my/Scholar/ScholarInfoDetails/NJ1G
Google Scholar: https://scholar.google.com/citations?user=0kKk5jUAAAAJ&hl=en
ResearchGate: https://www.researchgate.net/profile/Nurulhuda-Mohd-Azmi
LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/nurulhuda-firdaus-mohd-azmi-52278866/
Email: huda@utm.my

TAHNIAH

Seluruh warga UTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed atas pelantikan sebagai
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke-26, Jabatan Perkhidmatan Awam

MENTERI HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI TERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT UTM

MENTERI HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI TERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT UTM

27 Februari 2023 | Putrajaya

Jasa TYT Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Alrabiah yang telah melaksanakan beberapa inovasi dan inisiatif ketika memegang portfolio Menteri Kesihatan Arab Saudi (2016-2021) tatkala dunia diancam pandemik COVID-19 telah berjaya mengawal serta mengekang penularannya sehingga ibadah haji berjaya dilaksanakan dengan sejahtera.

Maka, sebagai mengiktiraf komitmen dan kepimpinan beliau, pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada TYT Dr. Tawfiq yang kini dilantik Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi serta disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM dan YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

Penganugerahan tersebut diharap dapat memperkasa kerjasama strategik sedia ada KPT-Arab Saudi dalam membangunkan program penyelidikan, inovasi serta akademik dengan UTM serta IPT yang lain.

Malah, Kementerian berharap ia turut dapat memperkaya pengalaman melalui perkongsian kepakaran staf dalam menambah baik pengurusan ibadah haji dan umrah Malaysia.

UniversitiTeknologiMalaysia

MalaysiaMADANI

READ AND RELAX

Warga UTM dijemput untuk menyertai sesi Read & Relax anjuran Jabatan Perpustakaan UTM yang akan diadakan pada ketentuan berikut:
📚 Program : READ & RELAX SIRI 3/2023
📅 Tarikh : 2 Mac 2023 (Khamis)
🕰 Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
🎥 Siaran Langsung di:
Facebook: facebook.com/library.utm
YouTube: youtube.com/UTMLibraryMedia
Pendaftaran melalui Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung.
MalaysiaMembaca
UTMMembaca

HAPPY MID-SEMESTER BREAK

Happy Mid-Sem Break to all Diploma programme students.
It’s time to rest and boost up your energy. Take care!

HAPPY SEMESTER HOLIDAY

The final exams are over and it is time for the semester break.
Happy holiday to all bachelor’s degree and postgraduate students.
Take care and be safe!

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga UTM mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kenalan kepada Allahyarham Mohamad Asri Mahmud, staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur – UTMKL
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Al-Fatihah…