WELCOME BACK TO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[WELCOME BACK TO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA]
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Greetings to all UTMians,
We would like to welcome all UTM students that are coming back after the Eid and mid-semester break.
We hope that students have had a wonderful holiday, spent with families and friends and are in the best of health. We also hope that this will inspire and motivate you for the rest of the semester.
We would like to wish all the students luck in achieving academic excellence for this semester.
Student Representative Council
University of Technology Malaysia
2022/2023 Session

KURSUS PENGURUSAN IMEJ KORPORAT, PROTOKOL DAN ETIKET

[KURSUS PENGURUSAN IMEJ KORPORAT, PROTOKOL DAN ETIKET]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan program yang bertujuan untuk menggilap imej korporat dalam kalangan pemimpin dari kelab dan persatuan di UTM. Butiran program adalah seperti berikut :

TARIKH: 8 Mei 2023
MASA: 8.30 A.M-4.30 P.M
TEMPAT: Dewan Seri Alam, Kolej Tun Fatimah.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran program adalah terhad kepada 17 wakil daripada kelab dan persatuan di dalam UTM serta 2 orang wakil daripada setiap Jawatankuasa Kolej Mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

KURSUS PENGURUSAN IMEJ, PROTOKOL DAN ETIKET

[KURSUS PENGURUSAN IMEJ, PROTOKOL DAN ETIKET]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

8 Mei 2023 | Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan program untuk menggilap imej korporat dalam kalangan pemimpin dari kelab dan persatuan di UTM. Sehubungan dengan itu, pihak MPP UTM juga telah menjemput penceramah iaitu Encik Sophian Abdul Rahman selaku Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M52 bagi menyampaikan ceramahnya.

Seramai 16 orang peserta bersama barisan MPP UTM dan Pegawai HEP telah menyertai kursus tersebut dan memperoleh pelbagai ilmu baharu dalam pengurusan imej korporat, protokol dan etiket ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Sekian,terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

INFO:

INFOMARSI

SIDANG PARLIMEN MAHASISWA UTM 2023

[SIDANG PARLIMEN MAHASISWA UTM 2023]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

4 Mei 2023 & 5 Mei 2023 | Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Iskandar.

Parlimen Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2023 telah berlangsung selama 2 hari di Dewan Senat Bangunan Canseleri Sultan Iskandar. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) telah menjemput 4 orang mahasiswa daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM).

Sidang Sesi 1 yang berlangsung pada 4 Mei 2023 telah membawakan Pembentangan Hala Tuju Majlis Perwakilan Pelajar UTM 2022/2023 manakala Sidang Sesi 2 yang berlangsung pada 5 Mei 2023 telah mengadakan sesi persidangan bersama kelab dan persatuan di UTM.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA

[SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru dan bakal guru khasnya di Universiti Teknologi Malaysia.
Guru selalu menjadi pendidik yang tahu bagaimana menerangi jiwa murid-muridnya dengan cahayanya. Terima kasih guruku atas segala jasa dan pengorbanan yang telah engkau taburkan buat anak bangsa.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF: MAHASISWA MADANI

[PERTANDINGAN VIDEO KREATIF: MAHASISWA MADANI]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

Majlis Perwakilan Pelajar UTM akan menganjurkan Pertandingan Video Kreatif bertemakan Mahasiswa Madani bersempena dengan Minggu Kesedaran Tatatertib yang berfokuskan kesedaran peraturan tatatertib universiti dalam kalangan mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, kami mengajak semua mahasiswa UTM untuk menyertai pertandingan ini dengan butiran berikut:

Tarikh Pendaftaran : 18 – 30 Mei 2023
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/URzESDberWyqfTun6
Rubrik Pertandingan : https://drive.google.com/drive/folders/1-a_zp_lFVXSEEh6PXCCeVx1A_ZKD4-Ka

Hadiah menarik menanti anda!
🥇 RM 300
🥈 RM 250
🥉 RM 150
🏅 SAGUHATI RM 50 (7 tempat)

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UTM
MERIT UTM DISEDIAKAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Anis +60 11 1063 4571
Najah +60 19 773 0526

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI NOOR AISYAH BINTI SHAHABUDDIN

[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI NOOR AISYAH BINTI SHAHABUDDIN]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
18 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Siti Noor Aisyah Binti Shahabuddin di atas pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di dalam Sukan SEA Kemboja 2023. Saudari Siti Noor Aisyah memenangi pingat gangsa dalam acara sukan judo kategori bawah 70kg. Semoga pencapaian Saudari Siti Noor Aisyah menjadi pemangkin semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain untuk mengharumkan nama UTM di persada antarabangsa.
Ikhlas daripada
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

👩‍🎓🧑‍🎓🎓UTM Career Carnival 2023 (CC2023)

[ 👩‍🎓🧑‍🎓🎓UTM Career Carnival 2023 (CC2023) ]
FINAL YEAR STUDENTS? INTERN TO BE? THIS IS THE PERFECT CHANCE FOR YOU TO INTERACT WITH THESE UTM PREMIUM EMPLOYERS
We couldn’t have done it without the generous support of these companies. Be sure to stop by their booth to learn more about their companies and secure an interview opportunity with them!
🗓️: 13th to 14th of June
⏰: 9.00a.m. – 5.00p.m
📍: Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia
Be sure not to miss out!
“Empower The Talents, Unlock The Future”
Stay tuned with us on:
https://linktr.ee/utmcareercarnival/
Broadcasted by Majlis Perwakilan Pelajar UTM for :
UTM Career Centre
Department of Deputy Vice Chancellor (Student Affairs)