Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Prof Ts. Dr. Zaidatun Tasir

Alhamdullilah & Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Prof Ts. Dr. Zaidatun Tasir atas pelantikan semula sebagai Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH).

Seluruh Warga FSSH mendoakan semoga dengan pelantikan semula Prof Dr. Zaidatun Tasir ini, FSSH akan terus maju ke hadapan dengan pelan perancangan yang telah disusun selaras dengan Envision 2025 UTM. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Dekan, seluruh pasukan Pengurusan FSSH dan seluruh warga FSSH dalam menghadapi cabaran bersama FSSH untuk lebih maju ke hadapan. Seluruh Warga FSSH juga merakamkan ucapan terima kasih juga kepada pihak Pengurusan Universiti, khususnya Y.Bhg Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM atas pelantikan semula Prof Ts Dr Zaidatun Bt Tasir sebagai Dekan FSSH.

Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat.

Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agama Islam yang tercinta.

Moga kita semua mencapai redha, maghfirah dan rahmat Allah.

Jangan lupa ye! Dalam kite meraikan Aidil Adha, jaga penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan elakkan bersesak-sesak. Kita belum menang.










May be an image of one or more people and text