INFORMASI

SIDANG PARLIMEN MAHASISWA UTM 2023

[SIDANG PARLIMEN MAHASISWA UTM 2023]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

4 Mei 2023 & 5 Mei 2023 | Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Iskandar.

Parlimen Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2023 telah berlangsung selama 2 hari di Dewan Senat Bangunan Canseleri Sultan Iskandar. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) telah menjemput 4 orang mahasiswa daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM).

Sidang Sesi 1 yang berlangsung pada 4 Mei 2023 telah membawakan Pembentangan Hala Tuju Majlis Perwakilan Pelajar UTM 2022/2023 manakala Sidang Sesi 2 yang berlangsung pada 5 Mei 2023 telah mengadakan sesi persidangan bersama kelab dan persatuan di UTM.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBrs. Prof. Ts. Dr. EDY TONNIZAM

[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBrs. Prof. Ts. Dr. EDY TONNIZAM]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.
13 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi Malaysia yang berkuatkuasa 15 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2026.
Ikhlas daripada
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA

[SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru dan bakal guru khasnya di Universiti Teknologi Malaysia.
Guru selalu menjadi pendidik yang tahu bagaimana menerangi jiwa murid-muridnya dengan cahayanya. Terima kasih guruku atas segala jasa dan pengorbanan yang telah engkau taburkan buat anak bangsa.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

CHESS SYMPOSIUM 2023 AT KLCC CONVENTION CENTRE

[CHESS SYMPOSIUM 2023 AT KLCC CONVENTION CENTRE]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Greetings to all UTMians,

May 26, 2023 | KLCC Convention Centre.

Student representatives are invited as the exhibition visitors and take the opportunity to participate in multiple activities during the afternoon event.
Light afternoon tea buffet will be served for Exhibition visitors.

Please go to this LINK to fill in the form :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScMTZWmsuzf4h8woaCJN0JaaleuxPzV69TrhXm4fUVd0xKuWQ/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0

The exhibition is on 3rd June 2023, Saturday, 1400 – 1700 hrs and the venue is at Hall 8C, KLCC Convention Centre.

Transportation is provided,
Come and join us!!

Thank you.

Student Representative Council
University of Technology Malaysia
Session 2022/2023.

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

[LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

29 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Lawatan penanda aras yang diadakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang ke Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung selama satu hari bagi membincangkan tentang agenda pemerkasaan mahasiswa dan struktur organisasi masing-masing.

Perbincangan berkenaan struktur organisasi Kesatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang yang mempunyai perbezaan struktur dan cara tersendiri dalam membentuk cara menjalankan tugas. Hasil perbincangan tersebut dapat diperhatikan bahawa MPP UMP mempunyai 3 jabatan utama yang terbahagi kepada beberapa jabatan kecil yang bernaung dalam setiap satu jabatan utama, manakala KM UTM pula mempunyai 6 jabatan yang mempunya kategori tertentu terhadap setiap jabatan.

Telah dibincangkan juga bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang masih berada dalam organisasi Majlis Perwakilan Pelajar manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa Kesatuan Mahasiswa. Antara perkara yang dibincangkan adalah dengan pembentangan modul pemerkasaan mahasiswa dalam fakulti sebagai salah sebuah inisiatif daripada wakil mahasiswa untuk bergerak ke arah fasa kesatuan mahasiswa.

Kelebihan yang dapat dilihat daripada pihak UTM adalah supaya mahasiswa mempunyai kuasa autonomi dan hak bersuara mahasiswa dapat didengari dan diimplimentasi tanpa ada cengkaman dari mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu, lawatan ini juga telah mengeratkan hubungan sesama mahasiwa/i dengan menjalankan aktiviti yang menarik iaitu ‘Campus Tour’. Seramai 17 orang termasuklah MPP UMP dan sekretariat telah terlibat secara langsung

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

HAPPY HARVEST DAY 2023!

[HAPPY HARVEST DAY 2023!]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Greetings to all UTMians,
May 30, 2023 | University of Technology Malaysia.
The Students Representative Council wishing all Sabahans celebrating ‘Pesta Kaamatan’ a Happy Harvest festival! May this festival be a reminder to us that everything we plant today will harvest tomorrow thus it is important to have patience and a positive mindset for the unknown future.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Students Representative Council
University of Technology Malaysia
Session 2022/2023.

TAHNIAH

PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

11 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Untuk makluman mahasiswa/i, Jabatan Pendidikan Tinggi telah meneliti permohonan berkenaan dengan kelonggaran pemakaian Dasar Pelaksanaan Takwim Peperiksaan dan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada UTM Johor Bahru untuk mengadakan peperiksaan pada hari Ahad manakala UTM Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Sehubungan dengan itu, kelonggaran ini berkuatkuasa mulai Semester 2 Sesi 2022/2023 dan hanya terpakai bagi penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.

Sekian,terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

[MAJLIS PENUTUP MINGGU KESEDARAN TATATERTIB: MAHASISWA MADANI]

[MAJLIS PENUTUP MINGGU KESEDARAN TATATERTIB: MAHASISWA MADANI]
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan Majlis Penutup Minggu Kesedaran Tatatertib mengikut ketetapan berikut:
▪ Tarikh: 15 Jun 2023 (Khamis)
▪ Masa: 8:00 malam
▪ Tempat: Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak
▪Link pendaftaran: https://forms.gle/PpxoUg3LRqrFDw1E8
Sehubungan itu, dijemput seluruh mahasiswa/wi hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Penutup Minggu Kesedaran Tatatertib.
Merit UTM dan Kolej disediakan untuk semua peserta.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Anis +601110634571
Najah +60197730526
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023