KELONGGARAN PELITUP MUKA

S??????????? ????????? ??????? ????? ?Pemakaian pelitup muka kini merupakan pilihan kecuali untuk situasi tertentu seperti dalam pengangkutan awam dan di kemudahan penjagaan kesihatan.Namun, virus yang menyebabkan COVID-19 masih berada di sekeliling kita.?Ikuti kupasan lanjut mengenai SOP pemakaian pelitup muka dalam segmen: ?Selamat Pagi Malaysia, TV1 15 September 2022 (Khamis) | 8:30 pagi✔️ Topik : Kelonggaran memakai pelitup muka❗❗Semoga ia menjadi panduan kita bersama

HARI KESEDARAN SEDUNIA

15 September merupakan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang disambut setiap tahun.Apa itu kanser limfoma❓Kanser limfoma adalah kanser darah yang terjadi apabila sel limfosit (sel darah putih) membiak di luar kawal. Gejala utamanya adalah benjolan di leher, ketiak atau pangkal leher selain daripada demam berpanjangan, hilang selera makan, hilang berat badan serta ruam dan kegatalan kulit. Kenali tanda dan gejala. Pengesanan awal boleh menyelamatkan anda.

JOM IKRAR

Hari ini melalui Twitter rasmi YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah berikrar untuk menjadi penderma organ dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Beliau telah pun berikrar sebagai penderma organ sejak tahun 2015. Pengikrar derma organ yang pernah mendaftar sebelum ini boleh mendaftar semula melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan kad Pengikrar Derma Organ baru secara digital. Bagi mereka yang sudah pernah mendaftar sebelum ini, rekod pendaftaran sedia ada mereka juga akan dikemaskini secara automatik dalam aplikasi MySejahtera.Jom ikrar!#DermaOrgan#FollowYourPledge

AWAS!

PINGGAN SIHAT MALAYSIA

✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang & sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia mengikut konsep #SukuSukuSeparuh.? Ayuh sihat bersama.

B.E.F.A.S.T

?????? ??????? ?????? ???? ????? ???? ????? ?????❗?Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf ‘B.E.F.A.S.T.’.?❗Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.?Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

Sedekad Hospital Rehabilitasi Cheras

Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)❗❗
?Sejauh manakah pencapaian hospital ini, selama sedekad? dan, tahukah anda bahawa hospital ini adalah hospital milik kerajaan kelolaan KKM?. Ikuti penjelasan lanjut mengenai perkhidmatan yang dilaksanakan oleh hospital tersebut serta isu dan cabaran bagi tahun 2020 – 2021 yang lalu ketika pandemik untuk dirungkaikan dalam slot:
?Awani Pagi – Astro Awani @ Saluran 501
19 September 2022 | Isnin | 8:30 pagi
“Sedekad Hospital Rehabilitasi Cheras”
Bersama panelis jemputan dari HRC, KKM.

⚠️ Pengsan atau ‘Syncope’

⚠️ Pengsan atau ‘Syncope’ adalah istilah perubatan untuk pengsan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat.Sekiranya individu di sekeliling anda pengsan, JANGAN PANIK❗1️⃣ Angkat mangsa ke tempat yang selamat dan sejuk.2️⃣ Baringkan tubuhnya untuk mengelakkan serangan pengsan kali kedua sekiranya pesakit didirikan atau diletakkan dalam posisi duduk.3️⃣ Jika mangsa masih bernafas secara normal, angkat kakinya lebih tinggi daripada paras jantung.Longgarkan pakaian atau buka tali pinggang agar mangsa dapat bernafas dengan lebih mudah.4️⃣ Gerakkan tubuh, memanggil nama dan menepuk bahu atau badan mangsa bagi mengembalikan kesedarannya.5️⃣ Sekiranya masih tidak ada sebarang respon, dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999.6️⃣ Sekiranya pesakit kembali tersedar, berikan minuman atau air bergula (sekiranya pesakit mengalami diabetes) dan segera membawa pesakit ke hospital.

KHASIAT PISANG

HARI ALZHEIMER SEDUNIA

Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
Oleh kerana Alzheimer adalah penyebab utama demensia, pengesanan gejala awal Alzheimer di kalangan warga emas amat penting supaya mereka mendapat sistem sokongan yang sewajarnya dengan segera. Ini dapat membantu mereka hidup yang lebih baik walaupun mengalami demensia.
? Hari Alzheimer Sedunia disambut pada 21 September setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer dan Demensia.

UTM Open Day