BENGKEL STEM VIDEO & OPEN EDUCATION RESOURCES AND LEARNING

Program sit-in Universitas Ahmad Dahlan, Yogyakarta, Indonesia telah belangsung pada 7-13 April 2018 di Universiti Teknologi Malaysia. Beberapa slot bengkel telah diaturkan dan dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar UAD, Yogyakarta. Salah satu bengkel yang diadakan ialah bengkel “STEM VIDEO & OPEN EDUCATION RESOURCES AND LEARNING” yang dianjurkan pada 9 April 2018 bertempat di Fakulti Pendidikan UTM JB. Seramai 15 orang mahasiswa dan mahasiswi terlibat dalam bengkel ini.

Gambar menunjukkan aktiviti pada hari tersebut:

Semoga bengkel ini dapat memberi info dan ilmu kepada mahasiswa dan mahasiswi UAD, Yogyakarta Indonesia. Semoga ketemu lagi! Semoga berjaya. 

Aplikasi Google untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Google apps atau dikenali sebagai Aplikasi Google merupakan satu produk Google yang mempunyai fungsi Emel, Kalender, Dokumen dan pencarian google sites. Pada 1 april 2018 satu bengkel aplikasi google untuk pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan di Fakulti Pendidikan UTM JB. Bengkel ini melibatkan seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi intership dari Universitas Hamzanwadi, Indonesia. Bengkel ini mendedahkan mereka kepada aplikasi google dan aktiviti hands-on dilakukan untuk mereka lebih memahami dan merasai sendiri penggunaan aplikasi google.

Gambar menunjukkan sekitar aktiviti yang dilaksanakan:

Tahniah semua dan sehingga berjumpa lagi! 

Program Internship Universitas Hamzanwadi Indonesia

Program Internship Universitas Hamzanwadi Indonesia (UHI) ke Fakulti Pendidikan UTM, Skudai Johor Bahru adalah untuk mendedahkan pelajar kepada dunia kerjaya perguruan sebenar. Selain itu ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Gambar meeting bersama pelajar, pensyarah dari UHI dan pensyarah dari UTM.

KOLOKIUM NUSANTARA

Berkongsi dan bertukar tukar ilmu bersama pelajar dari Universiti  di Indonesia..

Tahniah semua!