TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya merangkul JUARA Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur City FC dengan jaringan gol 2-0. ⚽️🏆
Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 23 Julai 2023, sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2023.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru juga turut berbesar hati meraikan kemenangan dan cuti khas peristiwa hari ini.
TAHNIAH JDT! ⚽️🏆
JDT
PialaFA2023
MajuJohor
UTMSanjunganBangsa
KeranaTuhanUntukManusia