Terima kasih YBhg.Profesor Ts. Dr. Zaidatun Tasir

Ahli Pengurusan dan seluruh Warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merakam kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg.Profesor Ts. Dr. Zaidatun Tasir di atas kepimpinan, tunjuk ajar, kerjasama, khidmat bakti, sokongan dan segala bentuk sumbangan sepanjang dalam tempoh perkhidmatan sebagai Dekan FSSH mulai 1 Oktober 2019 hingga 30 September 2022.Semoga segala sumbangan jasa, dedikasi, kepakaran, pengalaman dan komitmen cemerlang YBhg Prof menjadi inspirasi yang wajar diteladani oleh seluruh warga FSSH, seterusnya mendapat keberkatan dan kerahmatanNya yang berpanjangan. Semoga Prof akan terus menyumbang bakti selepas ini atas kepakaran dan pengalaman bernilai yang ada.Kami mendoakan kesejahteraan, kesihatan yang baik serta semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan YBhg. Prof. di masa hadapan. Jasa Dekan menjadi ingatanTeguran dan gurauan semua kenanganSegala kekhilafan harap dimaafkanSemoga silaturahim kita berpanjanganTerbang helang hingga ke awanPerginya jauh merentas lautanTerima kasih kami ucapkanBudi baik menjadi ingatan#fssheart#mendidikdanmenginsan#keranatuhanuntukmanusia