Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
UTM Lancar Kumpulan Alumni | Assoc Prof Ts. Dr. Noor Dayana Abd Halim

UTM Lancar Kumpulan Alumni

UTM Lancar Kumpulan Alumni di Malang
9 Sept – Seramai lebih 20 orang alumni UTM dari sekitar Malang dan Surabaya berjaya dihimpunkan dalam majlis libat sama UTM bersama alumni yang diadakan di sebuah hotel di Malang malam tadi.
Sesi libat sama ini diadakan dalam rangka program Siri Jelajah Naib Canselor ke Asia yang melibatkan kehadiran Prof. Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr Rosli Md. Illias bersama beberapa pengurusan kanan yang lain.
Sesi libat sama ini berlangsung lebih 2 jam dengan pengisian perkembangan terkini UTM termasuk sesi perkongsian pengalaman dan cadangan oleh para alumni kepada pihak pengurusan yang hadir.
Melalui sesi libat ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, dalam menambah baik kualiti perkhidmatan oleh UTM serta para graduan yang bakal dilahirkan.
Terima kasih kepada semua alumni UTM di sekitar Malang dan Surabaya atas kelapangan masa hadir ke sesi libat sama kali ini. Moga berjumpa lagi di lain masa.