Senarai Jurnal Scopus dan ISI

Sebagai pensyarah di UTM yang merupakan salah satu Universiti Penyelidikan di Malaysia, kami dah tak tak digalakkan lagi menghantar kertas kerja penyelidikan di jurnal-jurnal yang tiada berwasit (impact factor). Malah, kalau nak hantar ke seminar pun kalau boleh proceeding akan diindekskan oleh pengkalan data ISI atau SCOPUS

Tapi… macamana nak tahu samada jurnal tu tersenarai atau tidak dalam SCOPUS atau ISI?

webofknowledge

Untuk ISI atau Web Of Science Directory, klik pada link berikut

http://ip-science.thomsonreuters.com/mjl/

Kemudian, masukkan no ISSN atau nama jurnal yang dicari. Kalau ada tersenarai dalam ISI ni, InsyaAllah akan keluarlah maklumat lengkap jurnal tersebut. Kalau takda? Faham-faham ajalah yek.

scopus

Kalau nak cari di SCOPUS pula, klik link berikut

http://www.scimagojr.com/journalsearch.php

Lepas tu, sama juga, masukkan nama jurnal atau no ISSN atau publisher. Yang ni lagi lengkap tau, siap ada statistik sepanjang 3 tahun. Kemudian, langkah seterusnya adalah… hantar kertas kerja, review, betulkan, hantar balik dan seterusnya 🙂

Kalau nak tahu Impact Factor journal dibawah senarai ISI pulak macamana? lepas ni saya share… tunggu.