Bengkel High-impact Journal Writing & Publishing

Hari ini merupakan hari terakhir bengkel penulisan journal berimpak tinggi yang dianjurkan oleh CCISUM, Universiti Malaya. Bengkel ini disampaikan oleh Prof Dr Low Wah Yun, Head of Research Management Center, UM. Pengisian 2 hari ini mengkhususkan kepada tips yang perlu diketahui oleh penulis sebelum menghantar kertas kajian yang original dari perspektif editor.

Salah satu aktiviti semasa bengkel

Perbincangan secara kolaboratif yang sangat menarik

Banyak input yang diterima dalam bengkel 2 hari ini dari segi struktur ayat, format dan bahasa. Semoga lepas ini dapatlah dihantar kertas kerja ke penerbit jurnal berimpak dan diterima.

Ditemani oleh mereka berdua… dengan KPI kertas kerja sorang satu hihihi…