ICEED 2013 telah selesai

Alhamdulillah, selesai dah seminar ICEED 2013. Banyak yang telah ku pelajari sepanjang 2 hari di sini. Tentang kajian, proses akreditasi, OBE, HCI, User Interface, Creative Learning Model, dan… banyaklah.

Sambil2 dengar, sambil memikirkan kesesuaian dengan diri… apa kajian lanjutan yang mungkin boleh dilaksanakan tahun depan. kuperhatikan juga tingkahlaku sesetengah Pembentang yang sangat defensive terhadap kajian yang dijalankan…

Teman buat tahan mengantuk… Cappucino

Majlis penutup yang ringkas.

Takda dinner, jamuan keraian, lawatan… betul2 fokus pada perkongsian ilmu.

Letih tapi berbaloi.

Selepas 2 kali terlibat dengan Seminar Antarabangsa Anjuran CTL dan CEE, rasa sangat berterima kasih pada jawatankuasa kerja yang bertugas sepanjang seminar ICEED 2013 dijalankan. Mudah2 an, kertas kerja yang dihantar ke seminar ini akan diterima oleh SCOPUS untuk diindekskan… Aminnnn.

LCCT Airport…. Selamat tinggal Subang Jaya…

Lepas ni, kena menyediakan diri untuk seminar antarabangsa LATICE & RCEERHed 2014 yang kami anjurkan, kerjasama Fakulti Pendidikan, SPS dan CTL di Sarawak pula.