Program pasca ijazah tak sama macam ijazah sarjana muda. Kalau penyelidikan sepenuhnya lagilah tak sama. Tiada kelas, tiada peperiksaan akhir atau ujian. Maklumat adalah sepenuhnya daripada penyelia atau carian sendiri…
Walaupun banyak orang kata senang sebab tak pergi kelas, tapi kadangkala ada yang kita perlukan untuk kajian tidak kita tahu dan tidak dalam ruang lingkup kepakaran penyelia kita… sebab tu lah perlunya pelajar menghadiri kursus atau bengkel anjuran universiti, fakulti mahupun program… Banyak input yang boleh diperolehi yang kadang2 begitu lama kita cari tapi tak jumpa…
Atas dasar inilah, untuk program teknologi pendidikan di UTM, kami ada kolokium 2 minggu sekali. Program ini lebih kepada perkongsian di antara pelajar kepada pelajar lain. Setiap minggu, satu topik perbincangan akan diberikan kepada 2 orang pelajar… kemudian sesi soal jawab akan dijalankan.
Sesi pertama kolokium program teknologi pendidikan pada 27 Februari 2014
Biasanya akan ada moderator dalam kalangan pensyarah di sesi perkongsian ini. Soalan yang mungkin tak dapat dijawab oleh rakan pelajar lain akan dibantu oleh moderator yang ada. Namun, galakan adalah diberikan kepada pelajar yang lebih senior….