Select Page

Future Ready Educator

UTM sedang giat menjalankan pelbagai aktiviti seperti ceramah, bengkel, perkongsian pengalaman dan latihan beserta penyelidikan bagi menyediakan Future Ready Educators. Penekanan dibuat berfokuskan kepada pembelajaran aktif dengan gabungan penggunaan teknologi terkini.

Kredit gambar daripada facebook Cikgu Fadzli Ishak

Lihatlah, anak-anak kita termasuk di pra sekolah lagi telah berani menggunakan pelbagai alatan teknologi. Jika kita tidak sedia… bagaimanakah nanti 10 tahun akan datang. Mampukah kita mengajar mereka…

Masihkah kita mahu gunakan pernyataan

“aku dulu belajar tanpa guna komputer pun boleh graduan dengan cemerlang”

Masih relevankah?

Selamat hari akademia 2019

Hari Akademia disambut di Malaysia sempena ‘World’s Teachers Day’ yang diraikan di peringkat dunia.

Selamat Hari Akademia Malaysia kepada pensyarah-pensyarah universiti di seluruh Malaysia. Terutamanya rakan-rakan saya di UTM.

Kuiz online pra UPSR

No 2 tahun ni akan ambil UPSR. Masa ambil penyata peperiksaan tengah tahun, keputusan dia sederhana je. Keputusan sekolah agama dia yang teruk… first time dia gagal.Takpalah… InsyaAllah ada masa lagi nak buat latihan.

Ada banyak latihan percuma ada dalam talian. Boleh guna pembelajaran kendiri. Nak kena rajin mencari.List dibawah ni adalah kod-kod quizizz untuk subjek Bahasa Inggeris.Boleh jawab quiz sehingga 14/7/2019 sahaja..

Caranya:-
1) Pergi ke laman http://join.quizizz.com
2) Masukkan kod dibawah ?untuk mula menjawab kuiz.
English (Grammar) – Year 6
Idioms – 657957
Proverbs – 815376
Singular/Plural – 990718
Articles – 036881
Preposition – 060054

Sarjana Teknologi Pendidikan

Bagi yang berhasrat untuk sambung belajar dalam bidang Educational Technology di UTM.

Kami ada 3 mod pembelajaran :

  1. Program Perdana – di UTM JB – kelas seperti biasa (Ahad – Khamis)
  2. Program Hujung Minggu – di UTM JB. Kelas hujung minggu (Jumaat dan Sabtu)
  3. Open Distance Learning (ODL) – Online sepenuhnya, tak perlu datang UTM. Belajar di tempat sendiri. No traveling cost, no hostel cost.

Marilah sertai kami.

Kemasukan seterusnya – September 2019.

Maklumat lanjut : https://humanities.utm.my/

Boleh daftar kemasukan di sini: http://admission.utm.my/

Perlukan bantuan boleh WhatsApp : http://StudyatUTM.wasap.my

#StudyatUTM
#IamUTM

Apakah maksud STEM?

Apa maksud STEM?

Apabila ditanya maksud STEM, pasti ramai yang akan jawab STEM adalah sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tapi apa maksud sebenar STEM?

Menurut artikel ini, STEM bermaksud gabungan (integration) mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan.

https://www.weareteachers.com/what-is-stem/

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah menjalankan banyak aktiviti dan program bagi membimbing guru dan pelajar mendalami pendidikan STEM. Antaranya…

https://news.utm.my/ms/2019/03/sekolah-pendidikan-tumpu-usaha-menarik-minat-anak-golongan-b40-meminati-stem/

https://news.utm.my/ms/2018/12/25-buah-sekolah-menyertai-kembara-stem-utm-jpnj-2018/

Malah, Sekolah Pendidikan juga aktif mempromosikan STEM bersama Kelab Suka Belajar.

Jom tengok apa lagi aktiviti berkaitan STEM di facebook Sekolah Pendidikan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2309198525786878&id=120978154608937