PGSS UTM Menang Anugerah Persatuan Pasca Siswazah di Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022

Semenjak memegang jawatan di Sekolah Pengajian Siswazah pada tahun 2019, saya terlibat dengan pelbagai aktiviti pelajar terutamanya bersama Postgraduate Students Society (PGSS). Persatuan ini menyokong pelbagai keperluan pelajar pascasiswazah di UTM berkaitan dengan akademik. 

POST GRADUATE STUDENT SOCIETY (PGSS)

Setiap sesi akademik, akan dibuat mesyuarat lantikan jawatankuasa yang baru yang terdiri dalam kalangan pelajar Sarjana atau PhD. Pelbagai aktiviti dibuat sepanjang hampir setahun seperti Postgraduate Structured Course, Coffee Session, Compulsary Course dan lain-lain lagi. Kesemua aktiviti dijalankan secara sukarela dengan Moto”From Students to Students”. Lawati laman web PGSS UTM ( https://sps.utm.my/pgss/ ) untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 telah menyaksikan Post Graduate Student Society UTM (PGSS) Sesi 2020/2021 menempa kejayaan dengan memenangi Anugerah Persatuan Pasca Siswazah bagi Kluster Khas Pasukan. Majlis ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin. 

Sebagai penasihat persatuan, saya rasa sangat berbangga kerana setiap ahli jawatankuasa PGSS telah mengambil inisiatif membantu rakan-rakan pascasiswazah yang lain untuk menganjurkan lebih 80 program sepanjang sesi walaupun sibuk dengan kajian masing-masing, malah ada yang sedang membuat persiapan untuk Peperiksaan Lisan (VIVA) Doktor Falsafah. Semoga pengiktirafan ini dapat menaikkan semangat semua ahli PGSS UTM untuk meneruskan legasi.