MyBrain15

Dimaklumkan bahawa permohonan program MyBrain15 untuk warganegara Malaysia telah dibuka bermula 16 Mac 2016 hingga 30 April 2016, jam 11.59 malam.  Bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak 300 juta  telah diperuntukkan untuk biasiswa MyBrain. Ini meliputi 5,000 peruntukan untuk MyPhd, 15,000 untuk MyMaster.

Syarat – syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyMaster boleh dirujuk di pautan berikut:

https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_mymaster2016.php

Syarat – syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyPhD boleh dirujuk di pautan berikut:

https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_myphd2016.php

Perbincangan lain berkenaan myBrain boleh didapati di laman Facebook rasmi MyBrain15: https://www.facebook.com/MyBrain15-KPT-451125938340699/
Kepada semua pelajar Sarjana dan PhD UTM yang layak, pastikan anda telah melengkapan permohonan pada kadar segera.

PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS)

Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Separuh Masa.

Pegawai yang mengikuti program ini tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa. Pegawai layak untuk menerima Yuran Pengajian, Elaun Buku serta Elaun Tesis.

Tarikh tutup permohonan : 08 Mei 2015

Klik sini untuk makluman lanjut.