Sebagai pensyarah bagi kumpulan pelajar yang bakal menjadi guru, salah satu yang perlu sentiasa diterapkan kepada mereka adalah sifat seorang guru.
Bagaimanakah sifat seorang guru sepatutnya ditunjukkan oleh mereka?
Sabar – bukan mudah mengawal kelas yang ramai, dengan perangai yang pelbagai
Penyayang – mengambil berat semua anak murid walau berbeza latar belakang dan budaya
Jujur – sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak murid
Adil – tidak membezakan yang pandai dan yang lemah
Ikhlas – walau letih dengan pelbagai tugas tambahan yang bakal diterima
Buku oleh Norbi Husin ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sejak hari pertama bersekolah. Beliau menggambarkan bagaimana seorang guru yang beliau suka semasa kecil. Kita juga tentu ada guru yang kita suka dan sayang semasa zaman persekolahan… bagaimana sifat mereka itu….
Buku ini juga menggambarkan pengalaman beliau sejak menjadi guru hinggalah beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua sekolah. Sifat bagaimanakah yang beliau tunjukkan hingga menjadikan beliau seorang yang dipercayai oleh pihak atasan dan disayang oleh anak murid.
Mungkin ada pengalaman beliau yang berbeza… tak akan dilalui oleh bakal guru seperti menjadi warden asrama… tetapi sebahagian besar cabarannya adalah sama.
Penulisan bentuk cerita dan sketsa sangat santai dan mudah menyentuh hati yang memahaminya. Salah satu bab yang aku gemari adalah mengenai guru yang mengambil DPLI namun tidak berminat untuk mengajar. Beliau menjadi guru kerana desakan keluarga akibat tiada pekerjaan yang terjamin. Kasihan anak murid beliau….
Kini, cabaran sebagai guru semakin besar. Jika anda ingin memasuki kerjaya sebagai guru, mungkin perlu betulkan niat anda… bacalah buku ini untuk mengetahui liku2 perjalanan seorang guru …. walaupun orang kata kerja guru senang, tengahari dah balik… Betulkah? Gurukah itu?
Selamat membaca…