Cerita hari ini di iCITe2018

Untuk seminar iCITE2018 ini, aku terlibat sebagai ajk kertas kerja dan penerbitan.Membentangkan kertas kerja di seminar tak sama rasa dengan menjadi jawatankuasa. Stress level dia lebih tinggi sebab kita tuan rumah dan cuba sebaiknya untuk melayan tetamu yang hadir…

Yang paling stress adalah pengarah program. Dialah yang tahu A to Z perjalanan program… dan kali ini Seminar kami diketuai oleh seorang pensyarah yang muda dan berkaliber Dr Noordayana Halim.

Sebagai ahli jawatankuasa… dapat bekerja dengan pengarah seperti beliau adalah sangat mengujakan. Mudah dibawa berbincang, sentiasa alert pada milestone, ambil berat semua bahagian dan sabar orangnya.

Satu lagi faktor yang penting adalah ajk yang terlibat. Rasa bersyukur sangat sebab team kami sangat2 bekerjasama dan tahu tugasan masing2.

Upah satu gambar masa tengah bersembang dengan peserta daripada Indonesia.

Esok ada sehari lagi. Semoga dipermudahkan proses kerja esok dan mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua pihak.