kembali bertugas

Alhamdulillah, cuti raya tahun ni serentak dengan cuti semester. Jadi, dapatla kami pensyarah dan staf bukan akademik bercuti panjang sikit. Setelah cuti panjang raya tahun ni, hari ni kena naik kerja dan kena start buat kerja yang dijanjikan. First step adalah, bersihkan bilik yang lama kena tinggal semasa kat ke pejabat lama.

Langkah 1 : buang semua surat, dokumen, kertas rujukan dan pelbagai barang yang telah tidak diperlukan lagi.

Fasa ni memang lama. Nak kena tengok setiap dokumen dan timbang tara samada ia penting untuk disimpan atau tidak.

Pastikan anda sediakan kotak dan plastik untuk buang segala bahan yang semakin memenuhkan bilik, ye.

Langkah 2: susun semula dokumen ke dalam fail atau ruangan yang mudah diakses jika diperlukan semula.

Sila pastikan ada tanda nama pada fail supaya senang nak cari semula. Tapi kadang-kadang, selepas susun pun, susah juga nak cari. Jangan lupa, sediakan ruang kosong untuk isi dokumen baru lepas ni pula…

Langkah akhir : Bersihkan habuk dimeja, lantai dan kawasan sekitar bilik.

Kesian bilikku ini… lama tak dipedulikan. Masa student ajak amik gambar masa hantar thesis sem lepas… kami ambil gambar close up je. Sembunyikan segala clutter kat bilik aku ni… hihihi

Ni, kalau tak…. penuh dengan kertas jek.

Nasib baik dah beli pc ni. Kalau tak… terpaksalah aku mengangkut laptop gi kerja hari-hari. Tak larat dah bahu ni nak mengangkat bag…

Dah kosong dan kemas… Susunatur bilik…. lain kalilah. Penat dah ni.

Harap-harap, boleh membantu aku menghayati tugas dengan lebih baik. InsyaAllah.