its official

Alhamdulillah. Tak tau kenapa surat tak sampai rumah. Rupa-rupanya dah sebulan my supervisor dah dapat makluman. Ingatkan ada problem ke.

So, tadi check pigeon hole, my supervisor bagi salinan yang dia dapat. Rasa sangat2 sebak. Tak tau nak kata camner. Walaupun semua kawan2 dok congrat sebab dah abis… tapi selagi tak tengok surat tu… selagi tulah tak berani nak kata apa2.

So… sekarang dah rasmi. Saya dah habis belajar yeaaaa…

Syukur Alhamdulillah. The journey is tough. Not similar to other. Not that i’m getting wiser. Cuma sebagai contoh bahawa…

Siapa pun boleh capai destinasi yang dituju asalkan usaha, redha dan tawakkal kepadaNya.

Susah itu pasti. Halangan itu beribu. Tangisan itu lumrah. Kejayaan itu InsyaAllah.

Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak mulai hari ini

Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf boleh disemak mulai hari ini melalui laman web berikut

http://upu.moe.gov.my
https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my

semakanRayuan

Pelajar juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

Semoga permohonan anda berjaya terutamanya yang akan mendftar di UTM. InsyaAllah anda akan mengalami suasana pembelajaran yang menarik.