Feeling emotional

Minggu ni rasa down sikit pasal kerja. Baru nak rasa happy bila bos tak jadi berenti… cerita lain pulak jadi.

Biasalah bila bekerja dengan org daripada jabatan yang lebih tinggi … they expect the best. Tapi nature kerja melibatkan design dan multimedia sangat subjektif. Setiap satu perubahan melibatkan masa yang lama. Jadi, kalau dah diberi cadangan design tu, cepat2lah komen. Ini tak, dah sebulan bagi… lagi seminggu nak majlis boleh pulak dia reject. Komen macam tak fikirkan perasaan org pulak tu… 

Walaupun yg kena bukan aku… lukanya terasa sekali. Sebab design itu akan berkait dengan semua benda… backdrop, buku program, montaj, tema… 

Kalau nak tegur pun.. biarlah berhemah. Well… roda tu bulat kan. Semoga hati ini terus tabah menerima teguran… Astaghfirullahhal adzim.