Archives for July 10, 2018

Daily Inside Thoughts (10th July 2018)

UMUR AISYAH KETIKA BERNIKAH DENGAN NABI ?
Saya ingin mengulas mengenai pernikahan seorang kanak-kanak baru-baru ini kerana ada yang mengatakan mereka mengikut Sunnah.
.
Sebenarnya, riwayat yang menerangkan mengenai pernikahan Aisyah dengan Nabi hanya bersumber pada satu-satunya perawi iaitu Hisyam bin ‘Urwah.
.
Perkara ini mula diutarakan Hisyam ketika beliau mula bermukim di Iraq ketika umurnya 71 tahun.
.
Mengenai Hisyam ini, Ya’qub bin Syaibah berkata: “Apa yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpercaya, kecuali yang disebutkannya tatkala dia sudah pindah ke Iraq malahan Malik bin Anas juga menolaknya (Ibn Hajar Al-Asqalani, Tahzib al-Tahzib. Dar Ihya al-Turats al-Islami, Jilid II, hal. 50)

Ketika Hisyam berusia, ingatannya sangat menurun (Al-Maktabah Al-Athriyah, Jilid 4, hal. 301). Kesannya, riwayat umur pernikahan Aisyah yang bersumber dari Hisyam ibn ‘Urwah, tertolak.
.
Selain itu, orang Syiah yang anti Aisyah menokok tambah lagi dengan mengatakan Aisyah sebagai gatal dan hina (nauzubillah)
.
Menurut Al-Thabari pula, keempat-empat anak Sayidina Abu Bakar ra. telah dilahirkan pada zaman Jahiliyah. Mari kita lihat rentetan sejarah di bawah:-
.
Sebelum tahun 610 M : Zaman Jahiliyah -Tahun 610 M : Permulaan Wahyu turun
-Tahun 610 M : Islamnya Sahabat-Sahabat terawal termasuk Saidina Abu Bakar r.a.
-Tahun 613 M : Dakwah Nabi secara terang-terangan
-Tahun 615 M : Hijrah pertama Umat Islam ke Habsyah
-Tahun 620 M : Aisyah r.a dinikahkan
-Tahun 622 M : Hijrah ke Madinah
-Tahun 623/624 M : Aisyah tinggal bersama Nabi sebagai suami isteri
.
Jika ‘Aisyah dinikahkan ketika umurnya umur 6 tahun, ia bermakna ‘Aisyah telah lahir pada tahun 613 M. Ia bertentangan dengan Al-Thabari yang menyatakan bahawa keempat-empat anak Abu Bakar ra. lahir pada zaman Jahiliyah, yaitu sebelum tahun 610.
.
Selain dari itu, beza umur Aisyah dan kakanya Asma binti Abu Bakar adalah 10 tahun (At-Thabari, Tarikh Al-Mamluk, Jilid 4, hal. 50).
.
Dan ketika hijrah, umur Asma’ ialah 27 atau 28 tahun. Ini bermakna umur Aisyah pada peristiwa hijrah ialah 17-18 tahun. Ini juga bermakna, Rasullullah mula tinggal serumah dengan Aisyah sebagai suami isteri semasa berumur 19