Archives for January 3, 2022

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat, dimakan dengan sepinggan nasi putih panas, uuumph padu betul. Memang sedap!

Tapi tahukah anda sebenarnya ada banyak lagi hidangan buttermilk yang cukup sedap dan unik. Kuah buttermilk ini merupakan satu kuah yang serbaguna dan boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan ala gourmet di rumah.

Dapatkan kesemua resepi penuh di bawah:

1. Sotong Buttermilk Telur Masin

6327

Bahan-bahan (sotong goreng):

1 biji telur
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
200 gram sotong putih
50 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung

Bahan-bahan (sos buttermilk telur masin):

75 gram mentega (unsalted)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10-12 helai daun kari
3 biji cili padi (dicincang)
4 biji kuning telur masin (distim)
1 tin Krimer Sejat CARNATION
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Untuk buat sotong goreng, dalam satu mangkuk, pecahkan telur dan pukul bersama 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.

2. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung gandum, tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.

3. Masukkan sotong yang telah dicelup telur tadi ke dalam campuran tepung. Gaul sehingga kesemua sotong disalut dengan tepung.

4. Goreng sotong atas api tinggi sehingga masak dan keperangan. Toskan dan ketepikan.

5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan kuning telur masin yang telah distim dan dihancurkan. Gaul sehingga sos berbuih. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

8. Masukkan sotong goreng dan gaul sehingga rata.

Sotong Buttermilk Telur Masin sudah siap, enjoy!!!

2. Burger Ayam Buttermilk

fc77

Bahan-bahan (burger ayam):

1 dada ayam
30 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 biji telur
Garam secukupnya

Bahan-bahan (sos buttermilk):

50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya

Bahan-bahan (lain-lain):

1 roti burger
Daun salad
Tomato
Mentega (untuk disapu atas roti)

Cara-cara:

1. Pertama sekali, campurkan gandum bersama 1/2 sudu kecil serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.

2. Dalam mangkuk asing, pukul telur bersama 1/2 sudu serbuk cili, 1/2 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya.

3. Menggunakan teknik ‘dry, wet, dry’, salut ayam dengan campuran tepung, celup ayam dalam telur dan gaulkan balik ke dalam campuran tepung. Kemudian goreng atas api sederhana sehingga ayam masak dan garing. Toskan dan ketepikan.

4. Sapu mentega ke atas roti burger yang telah dibelah dua, kemudian goreng atas kuali sehingga garing. Ketepikan.

5. Untuk sos buttermilk pula, cairkan mentega dalam kuali yang panas. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

8. Untuk buat burger, lapiskan daun salad dan tomato ke atas roti burger, kemudian masukkan ayam goreng yang telah digoreng tadi dan tuangkan sos ke atasnya. Tutup menggunakan roti burger.

Tadaaa! Burger Ayam Buttermilk kini siap~ enjoyyy!

3. Cendawan Goreng Bersos Buttermilk

a959

Bahan-bahan (cendawan goreng):

200 gram cendawan tiram
100 gram tepung gandum
150 ml air
6-8 helai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang)
Serbuk lada putih secukupnya
Garam secukupnya

Bahan-bahan (sos butttermilk):

50 gram mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1/2 sudu kecil tepung gandum
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Untuk buat cendawan goreng, pertama sekali keringkan (pat dry) cendawan tiram menggunakan kitchen towel.

2. Untuk adunan pula, dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, air, bawang putih, serbuk lada putih, daun kari dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.

3. Dalam mangkuk asing, masukkan tepung, serbuk lada putih dan garam. Gaul sehingga sebati.

4. Menggukan teknik ‘dry, wet, dry’, gaulkan cendawan dalam campuran tepung kering. Kemudian, celup cendawan dalam adunan. Akhir sekali, gaul cendawan dalam campuran tepung kering semua. Goreng sehingga ranggup. Toskan dan ketepikan.

5. Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

7. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga kuah menjadi likat. Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.

Cendawan Goreng Bersos Buttermilk sudahpun siap untuk dinikmati!

4. Resepi Popiah Ayam Buttermilk

7277

Bahan-bahan:

400 gram ayam cincang
50 gram + 1 sudu besar mentega (unsalted)
2 ulas bawang putih (dicincang)
8-10 helai daun kari
2 biji cili padi (dicincang)
1 cawan Krimer Sejat CARNATION
1 sudu kecil tepung jagung
10-12 helai kulit popiah
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Untuk buat inti, gorengkan ayam cincang bersama mentega. Toskan dan ketepikan.

2. Untuk buat sos, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

3. Masukkan Krimer Sejat CARNATION dan gaul sehingga sebati.

4. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.

5. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga kuah menjadi kering dan likat.

6. Untuk buat popiah, letakkan inti ke atas kulit popiah. Kemudian, gulung ketat ketat dan lekatkan bahagian hujung kulit popiah menggunakan air.

7. Goreng sehingga garing atas api panas.

Popiah Ayam Buttermilk ready untuk dinikmati semasa mengopi!

Banyak bukan hidangan lazat yang boleh dihasilkan menggunakan sos buttermilk?

Easy peasy, lemon squeezy! Semuanya sedap dan pasti dapat meningkatkan selera yang tersayang.

Untuk resepi-resepi kali ini, kami menggunakan Krimer Sejat CARNATION yang akan memberikan hidangan buttermilk aroma yang begitu harum dan kuah yang cukup likat dan creamy lemak berkrim sekali!

Krimer Sejat CARNATION memanglah ramuan yang sempurna dalam menambah keenakan masakan dengan aroma yang berbeza dan kelemakan yang sewajarnya semasa penyediaan masakan gourmet yang menyelerakan di rumah.

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Umum tahu apabila melawati Starbucks, para barista akan bertanyakan nama anda sebagai pelanggan untuk ditulis pada sebuah cawan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan para pelanggan berasa lebih gembira seolah lebih dihargai.

Dalam pada itu, siapa sangka sebuah lukisan kecil yang disangka mampu menceriakan pelanggan bertukar menjadi jadi sebuah isu besar. Itulah yang berlaku di sebuah rangkaian Starbucks di Ireland apabila seorang warga Ireland campuran Thai yang dikenali sebagai Suchavadee Foley mendakwa beliau telah dilayan dengan rasis oleh seorang barista.rudeboyfriend

SUMBER: NEXTSHARK

Semuanya disebabkan barista berkenaan melukis sebuah emoji senyum berbanding menulis nama beliau. Berdasarkan lukisan yang dibuat, pelanggan berkenaan merasakan seolah dilayan dengan rasis dan fizikal beliau dikutuk berikutan lukisan emoji muka senyum dengan mata sepet yang dihasilkan.

Isu yang dilihat kecil bagi sesetengah pihak ini nampaknya telah dibawa ke pihak atasan melibatkan Ireland’s Workplace Relations Commission. Berdasarkan keputusan yang dibuat, pihak Starbucks Tallaght telah diminta membayar sebanyak €12,000 (RM58,980) kepada pelanggan berkenaan atas kesalahan yang dibuat.

Difahamkan, barista berkenaan pada mulanya telah bertanyakan nama kepada Suchavadee Foley namun berikutan gagal mengetahui ejaan nama pelanggan berkenaan, barista tersebut memilih untuk melukis sebuah gambar emoji senyum sebagai ganti. Beliau juga turut memaklumkan beliau tidak berniat berlaku rasis terhadap pelanggan berkenaan.

Bagaimana Lipas Menjadi ‘Sumber Protein’ Yang Terkandung Dalam Kebanyakan Kopi

Bagi penggemar kopi, tidak lengkap rasanya jika hari tidak dimulakan dengan secangkir kopi. Bagaimanapun secara umum, tak semua orang rajin untuk mengisar biji kopi sendiri pada setiap pagi.

Oleh itu, melainkan anda memang seorang coffee enthusiast, anda pasti tergolong dalam kalangan mereka yang memiliki serbuk kopi yang hanya perlu ditambah air panas dan sedikit gula atau susu sebelum dinikmati.

Tidak kiralah jika kopi tersebut dibuat daripada serbuk kopi yang dibeli atau dikisar pada setiap pagi, kalau sudah kena dengan tekak, pasti sedaplah rasanya. Dengan aromanya yang memikat ditambah pula dengan kafein sebagai sumber tenaga, tanpa kita sedari terdapat juga sedikit ‘sumber protein’ yang turut terselit di dalamnya.

Akan tetapi, sumber protein ini hanya terdapat dalam serbuk kopi yang sudah dikisar sebelum dijual dan tidak terdapat pada biji kopi yang harus dikisar sendiri. Bagi yang tertanya-tanya apakah sumber protein yang tersirat itu, jawapanya adalah lipas, serangga perosak yang sering berlari-lari disekitar rumah anda.

Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Karan menerusi aplikasi Tiktok, serbuk kopi yang telah dikisar dan dijual di pasaranya umumnya dikisar sekali bersama-sama lipas dan beberapa serangga lain.

Difahamkan, berita tentang lipas di dalam serbuk kopi ini bukanlah perkara yang baru. Hal ini sudah pernah dibongkarkan oleh Dr. Dauglas Emlen, seorang profesor biologi dari University of Montana menerusi temubualnya bersama NPR pada tahun 2009.

Memetik laporan yang ditulis oleh sebuah portal media, hal ini diketahui oleh Dr. Douglas ketika beliau berada di dalam perjalanan menuju ke tempat kajian bersama profesornya pada pengakhiran tahun 80’an.

Beliau yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar terpaksa mengambil jalan yang jauh ketika memandu kerana profesornya ingin membeli kopi yang dibuat dari biji kopi yang harus dikisar sendiri.

“Pada ketika itu kedai kopi seperti Starbucks masih belum ada dan profesor saya memang cukup ketagih dengan kafein. Oleh itu, beliau harus meminum kopi pada setiap jam,” katanya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memandu selama 45 minit hanya untuk mencari kedai kopi yang menjual kopi yang dibuat dari biji kopi segar,”

“Pada ketika itu saya agak sedikit marah kerana harus mengambil jalan jauh hanya untuk membeli kopi. Jadi profesor saya pun menceritakan sebab kenapa beliau hanya boleh minum kopi dari biji kopi yang dikisar segar dan puncanya adalah lipas,” jelas Dr. Douglas.

Dr. Douglas menceritakan bahawa bekas profesor beliau merupakan seorang pakar entomologi, iaitu seorang pengkaji serangga. Disebabkan beliau harus mengkaji serangga seperti lipas untuk bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya menjadi alergik kepada lipas.

“Profesor saya tidak boleh pegang lipas pun dan disebabkan itu, beliau tidak boleh minum kopi dari serbuk kopi yang dijual dipasaran kerana menurutnya, serbuk kopi tersebut mengandungi lipas yang telah dikisar bersama,” jelasnya.

FILE PHOTO: Roasted coffee beans are seen on display at a Nestle Nespresso event in Paris

Difahamkan, serbuk kopi yang dijual secara umumnya akan dikumpulkan sebelum dikisar dan diletakkan di dalam bekas. Oleh itu, banyak serangga seperti lipas contohnya yang terperangkap bersama-sama biji kopi yang telah dikumpulkan itu.

Disebabkan itu juga, agak sukar bagi mereka untuk menapis biji-biji kopi tersebut yang kini telah pun dipenuhi lipas dan serangga lain. Hal ini secara tidak langsung tidak memberikan mereka pilihan yang lain selain memanggang dan mengisar biji kopi tersebut bersama lipas dan serangga lain yang ada di dalamnya.

Dalam pada itu, Dr. Douglas turut menjelaskan Food and Drug Administration (FDA) dari Amerika Syarikat telah pun meletakkan syarat yang membenarkan hanya sepuluh peratus dari serangga dan kotoranya yang boleh ada pada serbuk kopi.

Apabila mengetahui tentang perkara ini saya jadi tertanya-tanya, adakah serpihan-serpihan lipas itu yang memberikan rasa ‘lemak’ pada kopi?. Apa pun, lipas difahamkan mempunyai kadar protein yang tinggi. Oleh itu, anda bolehlah terus meminumnya kalau inginkan sedikit ‘protein tambahan’.

5 Trend Baharu Dalam Servis Penghantaran Makanan Buat Ramai Selesa Duduk Di Rumah

Servis penghantaran makanan kini menjadi permintaan ramai. Ramai yang memilih untuk menggunakan servis penghantaran makanan kerana sibuk bekerja dari rumah. Anda pun mesti tak terkecuali kan?

Maklumlah nak jimat masa dan tenaga. Lagipun, servis penghantaran makanan sekarang sudah semakin moden. Ramai yang lagi selesa duduk rumah dengan trend baharu dalam servis penghantaran makanan ni.

1. Tambahan pelbagai kafe minuman, manisan, bakeri, gerai & sebagainya

FP1

Pilihan kedai yang ada dalam servis penghantaran makanan sebelum ini cuma restoran sahaja. Sekarang bertambah best, siap ada tambahan kafe minuman yang sedap. Kafe pencuci mulut seperti aiskrim dan kek atau roti dari bakeri pun berlambak.

Lagi satu, bukan kafe sahaja yang guna servis penghantaran makanan ini. Sekarang gerai-gerai kecil pun guna servis sama. Nak pesan dari rumah pun mudah.

2. Pembayaran tanpa tunai secara dalam talian

FP2

KREDIT GAMBAR: EY

Sebelum ni, kebanyakan servis kena bayar secara tunai semasa penghantaran (cash on delivery). Bayangkan kalau rider tak ada duit baki yang kecil. Susah kan?

Tetapi servis penghantaran makanan sekarang dah ada sistem pembayaran tanpa tunai. Dalam musim wabak ini, kita memang digalakkan untuk cashless dan contactless demi tujuan keselamatan. Lagi senang bayar online sahaja!

3. Fungsi contactless delivery yang selamat

FP3

KREDIT GAMBAR:CDC

Dalam keadaan semasa, mesti anda sebolehnya tidak mahu ada kontak rapat dengan sesiapa. Sebab itulah servis penghantaran makanan sekarang siap ada fungsi contactless delivery. Anda boleh mintak rider tinggalkan makanan depan rumah sahaja.

4. Nikmati diskaun kalau pickup sendiri

fp4

Fungsi pickup ini berbaloi kerana dalam perjalanan balik dan nak makan di rumah tanpa perlu memasak. Katakan kedai yang anda pilih dalam servis penghantaran makanan tu berdekatan dengan rumah, boleh sahaja anda singgah ambil makanan sendiri. Siap dapat diskaun tau!

5. Rider belikan barang dapur untuk korang

FP5

Trend ni paling ramai suka terutamanya anda yang ada anak kecil. Kalau sebelum ini hanya servis menghantar makanan, tapi trend terbaru ini juga menawarkan servis membeli barang keperluan dapur.

Memang sesuai sangat untuk anda yang tidak mahu ambil risiko ke tempat awam seperti pasar raya. Anda hanya perlu pesan dan keperluan rumah akan dihantar terus ke depan pintu kediaman.

Servis penghantaran makanan dengan trend terbaru daripada foodpanda!

FP6

KREDIT GAMBAR: DAILY TRIBUNE

Apakah servis penghantaran makanan yang ada semua trend baru ni? Semestinya foodpanda! Selain perkhidmatan Delivery, foodpanda juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Pick-Up, Shops dan pandamart untuk anda.FP7

KREDIT GAMBAR: THE SMART LOCAL

Bukan setakat hantar makanan, foodpanda boleh tolong belikan barang keperluan dan berbelanja secara runcit untuk anda dengan bayaran penghantaran terbaik. Tak payah keluar rumah beli barang di pasar raya lepas ini.

Tambahan pula, kod popular di foodpanda iaitu EATWITHJOY boleh digunakan sekarang sehingga 6 April 2021. Dengan kod ni, anda boleh menikmati diskaun 32%* untuk semua restoran yang ada dalam foodpanda. Syoknya!

*tertakluk pada terma dan syarat

Kepentingan Fluorida pada Gigi Kanak-kanak: Antara Kebenaran dan Mitos

Tahukah anda, gigi berlubang atau karies adalah masalah kesihatan oral yang serius dalam kalangan kanak-kanak.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menemukan kira-kira 60% hingga 90% kanak-kanak di seluruh dunia menghadapi masalah ini. Malah kajian terkini yang dijalankan ke atas kanak-kanak sekolah di Malaysia mendapati 3 daripada setiap 10 orang kanak-kanak mempunyai masalah pergigian ini (NOHSS 2017). Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti memberus gigi adalah penting untuk memastikan masalah karies ini dapat dicegah.  Namun ramai ibu bapa tidak mengetahui kepentingan untuk memberus gigi kanak-kanak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida.  Sehingga kini masih ramai yang salah tafsir tentang fungsi dan keselamatan fluorida.

Kebanyakkan ibu bapa beranggapan fluorida adalah bahan bukan semula jadi dan boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Sebenarnya, fluorida ialah bahan mineral yang wujud secara semula jadi.  Ianya berasal daripada ion fluorine dan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti makanan, air, tanah dan batu. Fluorida didapati dapat membantu menguatkan gigi dan sangat berkesan mencegah pembentukan gigi berlubang.  Malahan ia juga mampu memulihkan pembentukan karies awal pada permukaan gigi.  Kajian oleh Walsh et. al. (2019) membuktikan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida dua kali sehari sangat berkesan untuk mencegah kerosakan gigi.

Bagaimana fluorida berfungsi pada gigi kanak-kanak   

Secara umumnya, fluorida berfungsi untuk menghalang proses kehilangan mineral (demineralisasi) daripada lapisan enamel gigi, meningkatkan penambahan mineral (remineralisasi) pada permukaan gigi dan juga bertindak sebagai antibakteria.

Proses demineralisasi dan remineralisasi pada lapisan enamel gigi berlaku pada setiap hari.  Apabila kita makan, terutamanya makanan yang mengandungi gula, bakteria di dalam mulut akan bertindak balas dan menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan menyerang lapisan enamel gigi dan menyebabkan kehilangan mineral (demineralisasi) kalsium-fosfat menghasilkan karies awal (lesi putih) pada permukaan gigi.  Setelah tahap keasidan di dalam mulut berkurang, mineral kalsium-fosfat yang terdapat didalam air liur akan ditambah (remineralisasi) semula ke permukaan gigi yang telah terjejas. Jika proses demineralisasi berlaku lebih kerap berbanding remineralisasi, ia akan menyebabkan pembentukan kaviti pada gigi.

Kehadiran fluorida di dalam air liur semasa proses demineralisasi dan remineralisasi membantu pencegahan kaviti gigi. Fluorida bertindak meningkatkan kualiti struktur permukaan gigi menjadikannya lebih kuat dan tahan kepada asid.  Pada masa yang sama, fluorida mampu mempercepatkan pembinaan semula struktur enamel dengan menggalakkan proses penambahan semula mineral kalsium-fosfat yang telah terurai semasa demineralisasi.  Selain itu, fluorida didapati dapat membantu melemahkan aktiviti bakteria dalam menghasilkan asid yang secara tak langsung boleh mengurangkan proses demineralisasi.

Keselamatan penggunaan fluorida

Fluorida adalah selamat untuk digunakan jika diambil pada kepekatan dan kuantiti yang dibenarkan.  Ia telah digunakan sejak lebih 70 tahun.  Sepanjang tempoh tersebut banyak bukti-bukti kajian yang kukuh menunjukkan fluorida sangat berkesan untuk membantu mencegah kejadian karies gigi dan selamat digunakan.

Walaubagaimanapun pengambilan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis iaitu kecacatan pada lapisan permukaan luar gigi.  Ianya boleh berbentuk tompok-tompok putih atau yang lebih teruk terdapat lubang-lubang kecil berwarna perang.  Keadaan ini terjadi sekiranya pengambilan fluorida yang berlebihan berlaku semasa proses pembentukan dan pertumbuhan gigi.

Pengambilan fluorida yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak biasanya terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida secara tidak sengaja semasa memberus gigi.  Ini kerana kebanyakkan kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi berfluorida yang telah ditambah dengan pelbagai perisa.  Perkara ini jugalah yang menyebabkan ibu bapa bimbang dan menganggap fluorida sebagai bahan yang toksik. Fakta ini adalah tidak tepat dan masalah ini boleh dielakkan dengan mengikut panduan penggunaan yang disarankan disamping pengawasan sepenuhnya daripada ibubapa.

Fluorosis yang teruk terutamanya pada gigi hadapan boleh menyebabkan masalah estetik.  Namun, fluorosis boleh dirawat dan dibaiki.  Ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dan rawatan sepenuhnya daripada pakar pergigian pediatrik.

Penggunaan ubat gigi berfluorida yang betul pada kanak-kanak

Ubat gigi berfluorida boleh mula digunakan pada kanak-kanak sebaik sahaja gigi mula tumbuh.  Kajian yang sama oleh Walsh et. al. (2019) mendapati, penggunaan ubat gigi berfluorida yang berkepekatan 1000ppm dan ke atas sangat berkesan mencegah kejadian karies.  Kepekatan optima fluorida yang dibenarkan di dalam ubat gigi adalah mengikut peringkat umur dan ia juga bergantung pada tahap risiko kejadian karies pada setiap individu kanak-kanak.  Ibu bapa memainkan peranan untuk memantau dan membantu anak-anak memberus gigi bagi memastikan ubat gigi berfluorida yang digunakan mengikut kuantiti yang disyorkan dan supaya mereka tidak tertelan ubat gigi.

Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun, Akademik Pergigian Pediatrik Amerika (AAPD) menyarankan pengunaan hanya secalit tipis (smear) atau sebesar butir beras sahaja ubat gigi berfluorida (Gambar 1).  Manakala bagi kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas, saiz yang disyorkan adalah sebesar kacang pis (Gambar 2).  Apabila kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, kepekatan ubat gigi berfluorida yang digunakan perlu sama dengan kepekatan ubat gigi dewasa (1350-1500ppm). Kuantiti yang disarankan ini sudah mencukupi untuk membantu mencegah kejadian karies dan selamat digunakan.

Gambar 1 : Bawah 3 tahun = secalit tipis/ butir beras
Gambar 2 : 3 tahun dan ke atas = kacang pis

Anggaran kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida pada kanak-kanak mengikut umur
(sumber : mouthhealty)

Kebanyakkan ubat gigi berfluorida kanak-kanak yang berada di pasaran berkepekatan sekitar 500-600ppm, di bawah paras optima yang disarankan untuk membantu mencegah karies.  Bagi mendapat kebaikan yang maksima, ibu bapa disarankan untuk memilih ubat gigi berfluorida yang berkepekatan sekurang-kurangnya 1000ppm.  Disamping itu, ubat gigi berfluorida kanak-kanak juga di buat dengan pelbagai perisa untuk menggalakkan kanak-kanak memberus gigi.  Ini boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cenderung untuk tertelan ubat gigi kerana sukakan perisa-perisa tersebut.  Ubat gigi berperisa ini disarankan hanya digunakan pada peringkat awal ketika memperkenalkan ubat gigi kepada anak-anak.  Ibu bapa boleh memilih apa sahaja jenama ubat gigi berfluorida yang terdapat di pasaran namun dinasihatkan untuk membaca label pada ubat gigi bagi menyemak kandungan fluorida seperti yang disarankan.

Panduan memberus gigi kanak-kanak menggunakan ubat gigi berfluorida

Amalan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida adalah sangat berkesan untuk mencegah kejadian karies.  Ibu bapa boleh memberus gigi anak-anak pada waktu pagi dan sebelah malam sebelum tidur.  Memberus gigi pada waktu malam seeloknya dilakukan selepas selesai makan atau minum susu.  Ini untuk memastikan tiada sisa makanan pada permukaan gigi kanak-kanak semasa tidur pada waktu malam.  Semasa tidur, penghasilan air liur berkurangan dan ini menyebabkan proses demineralisasi berlaku lebih kerap menyebabkan gigi menjadi lebih cepat rosak.  Ibu bapa disarankan untuk memberus gigi anak-anak selama 2 minit menggunakan berus gigi yang lembut.

Ibu bapa perlu mengikuti anggaran kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida seperti yang disarankan dengan betul. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk sama-sama membantu memberus gigi kanak-kanak terutamanya yang berumur lebih kecil (6 tahun ke bawah).  Ini untuk memastikan gigi dan mulut anak-anak benar-benar bersih kerana pada umur ini biasanya mereka tidak dapat memberus gigi dengan betul disebabkan sistem pergerakan tangan mereka masih belum matang.  Ibu bapa disarankan untuk menyelia dan bantu anak-anak semasa memberus gigi sehingga mereka berumur 7 tahun dan mampu memberus gigi sendiri dengan efektif.  Kanak-kanak juga perlu dididik supaya meludah selepas memberus gigi dan tidak menelan atau menjilat ubat gigi berfluorida.

Kanak-kanak perlu dibawa untuk pemeriksaan gigi secara berkala seawal gigi pertama kelihatan mula tumbuh bagi membiasakan mereka dengan suasana di klinik pergigian.  Langkah ini juga penting untuk membolehkan ibu bapa mendapat maklumat yang betul dalam penjagaan gigi anak-anak terutamanya teknik memberus gigi dan info berkenaan penggunaan ubat gigi berfluorida.  Pemeriksaan berkala ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kesimpulannya, memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida adalah sangat penting untuk membantu pencegahan kejadian karies di kalangan kanak-kanak. Fluorida di dalam ubat gigi adalah selamat untuk digunakan.  Walaubagaimanapun, ibu bapa hendaklah memastikan bahawa ubat gigi berfluorida digunakan sepertimana yang disarankan bagi mendapatkan kesan positif yang maksima. Selain itu, ibu bapa juga mestilah mengambil tanggungjawab untuk mengawasi, membantu dan mendidik anak-anak untuk memberus gigi dengan betul agar mereka memiliki kesihatan oral yang baik dan terus membesar dengan sihat.

Rujukan 

  1. World Health Organization (WHO). Available at https://www.who.int/health-topics/oral-health
  2. Walsh T, Worthington HV, Glenny AM, Marinho VCC, Jeroncic A. Fluoride toothpastes of different concentrations for preventing dental caries. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 3. Art. No.: CD007868. DOI: 10.1002/14651858.CD007868.pub3. Accessed 17 November 2021.
  3. Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. National Oral Health Survey for School Children 2017 (NOHSS 2017).
  4. American Dental Association (ADA). Available at https://www.mouthhealthy.org/en/babies-and-kids/healthy-habits
  5. American Academy of Paediatric Dentistry (AAPD). Available at http://www.aapd.org/media/Policies_Guidelines/G_fluoridetherapy.pdf

Kredit Foto :  heathline

Kepelbagaian Alam Cendawan

Cendawan merupakan organisma unik kerana ia tidak dikelaskan sebagai haiwan atau tumbuhan. Kebanyakan manusia menganggap cendawan adalah sejenis tumbuhan, namun secara saintifiknya, ia adalah berbeza dan tidak boleh dikategorikan sebagai tumbuhan kerana ia tidak mengandungi klorofil, pigmen yang berperanan penting sebagai pusat penghasilan makanan dan tenaga bagi sesuatu tumbuhan. Oleh kerana itu, cendawan dikelaskan di dalam kumpulan kulat (The Kingdom of Fungi). Di dalam kumpulan kulat pula, cendawan adalah unik kerana ia boleh menghasilkan struktur kompleks yang dikenali sebagai jasad buah (fruiting body); yang dikenali sebagai “cendawan”.

Secara umumnya, cendawan terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu hifa, miselium dan juga jasad buah. Hifa ialah jaringan bebenang halus yang kebiasannya berada di dalam tanah. Ia boleh dianggap sama seperti akar bagi tumbuhan lain. Jaringan beberapa hifa akan membentuk miselium dan gabungan beberapa miselium ini akhirnya akan membentuk jasad buah, yang kita kenali sebagai cendawan. Jasad buah adalah penting bagi sesuatu spesies cendawan kerana ia berperanan dalam penyebaran spora (benih cendawan). Apabila spora cendawan disebarkan ke tempat baru, ia akan berkembang membentuk hifa dan kitaran ini akan berulang untuk menghasilkan jasad buah yang baru. Namun begitu, kitar hidup bagi sesuatu cendawan adalah pendek, kebiasaannya kurang daripada seminggu.

Terdapat pelbagai jenis cendawan di dunia ini, dan secara amnya ia dibahagikan kepada dua iaitu cendawan beracun dan tidak beracun. Terdapat beberapa jenis cendawan yang beracun, namun begitu bilangannya adalah kecil. Di Malaysia, beberapa kes keracunan makanan akibat daripada memakan cendawan liar seperti Chlorophyllum molybdites telah dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Cendawan C. molybdites mempunyai rupa seakan-akan cendawan busut (Termitomyces sp.). Selain itu, satu lagi contoh cendawan beracun iaitu Amanita phalloides juga mudah ditemui di kawasan hutan Eropah. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakan cendawan ini kerana ia mempunyai toksin yang dikenali sebagai amatoksin yang sangat berbahaya dan tidak akan terhapus walaupun cendawan tersebut dimasak pada suhu yang tinggi. Antara simptom yang boleh dikesan jika termakan cendawan ini ialah individu tersebut akan mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian abdomen, muntah-muntah, cirit-birit berdarah dan kehausan akibat kehilangan air yang cepat dari tubuh.

Walaupun terdapat lebih daripada 2000 spesies cendawan di dunia yang boleh dimakan, tetapi kurang dari 40 jenis sahaja yang ditanam secara komersil sebagai sumber makanan penduduk dunia. Umumnya, spesies cendawan yang boleh dimakan adalah rendah kandungan kalori, lemak, natrium, karbohidrat dan kolesterol tetapi tinggi dengan kandungan protein, mineral, vitamin dan serat. Dari segi gaya pemakanan keseluruhan, cendawan dianggap sebagai sumber protein yang terbaik berbanding sayur-sayuran dan daging haiwan.

Salah satu cendawan yang popular di Malaysia ialah Pleurotus sajor-caju, atau lebih dikenali sebagai cendawan tiram. P. sajor-caju menjadi pilihan usahawan cendawan di Malaysia kerana ia mudah ditanam, sesuai dengan iklim Malaysia dan kurang dijangkiti penyakit. Disamping itu, modal bagi penanaman cendawan ini juga adalah rendah jika dibandingkan dengan cendawan lain seperti cendawan butang (Agaricus bisporus) dan cendawan shitake (Lentinula edodes). Selain itu, kajian juga mendapati cendawan tiram mengandungi molekul bioaktif dalam bentuk polisakarida dan ini menyebabkan cendawan mempunyai sifat antivirus, antitumor, antibiotik, antibakteria, hipokolesterolik dan aktiviti imunomodulasi. Selain itu, penanaman P. sajor-caju juga menggalakkan proses kitar semula bahan buangan sisa industri pertanian yang lain. Ini kerana sisa pertanian seperti sisa jerami padi dan sisa kayu getah digunakan semula sebagai substrat bagi penanaman cendawan ini. Namun begitu, industri cendawan ini di Malaysia berkembang agak perlahan berbanding beberapa negara lain di dunia disebabkan oleh kekurangan kakitangan terlatih dari segi kemahiran teknikal, kekurangan makmal penyelidikan yang memberi tumpuan kepada cendawan dan juga kekurangan informasi berkaitan kebaikan dan kepentingan cendawan tersebut terhadap manusia.

Selain dari cendawan yang boleh dimakan dan cendawan beracun, terdapat satu lagi kumpulan cendawan yang dikenali sebagai cendawan bernilai tinggi seperti “truffle” (Rajah A). Cendawan truffle merupakan kumpulan cendawan yang biasanya ditemui di kawasan beriklim Mediterranean seperti Itali dan Perancis.  Harga bagi cendawan ini boleh mencecah sehingga RM15,000 bagi 500 gram, bergantung kepada kualiti cendawan tersebut. Cendawan ini adalah mahal disebabkan aromanya yang menarik, seterusnya memberikan kelainan rasa kepada masakan yang menggunakannya. Kini, cendawan ini telah dikomersilkan kepada beberapa jenis produk hiliran lain seperti minyak truffletruffle cheese dan sapuan mentega truffle. Sehingga kini, saintis masih tidak dapat menemui kaedah untuk menghasilkan cendawan ini di dalam makmal kerana ia hanya boleh tumbuh pada persekitaran semula jadinya sahaja, menyebabkan harga pasaran bagi cendawan ini kekal tinggi bagi tempoh yang lama.

Di Malaysia, terdapat sejenis cendawan bernilai tinggi yang jarang diperkatakan iaitu cendawan susu harimau (Lignosus rhinoceros) (Rajah B). Cendawan ini hanya boleh ditemui di kawasan hutan tropika seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Cendawan ini telah digunakan dalam perubatan tradisional bagi masyarakat Orang Asli di Malaysia sejak 400 tahun dahulu. Jika truffle mempunyai nilai pasaran dalam industri makanan, cendawan susu harimau pula mempunyai nilai pasaran tinggi dalam industri perubatan kerana ia dikatakan dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti batuk, selesema, demam dan lemah badan. Selain itu, kajian saintifik telah menunjukkan cendawan istimewa ini mengandungi ciri-ciri antiradang, antioksidan, antialahan dan antiasma serta mampu melegakan masalah ekzema, sakit sendi, selain mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi pesakit kanser. Kini, terdapat syarikat tempatan yang telah berjaya mengkomersilkan kaedah pengeluaran cendawan ini secara besar-besaran melalui kaedah kultur tisu. Produk yang dihasilkan berasaskan cendawan susu harimau ini juga telah berjaya dieksport keluar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Timur Tengah dan China.

Selain itu, terdapat sejenis cendawan eksotik yang baru ditemui di Malaysia oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menariknya, cendawan ini mempunyai bentuk yang sangat unik, iaitu menyerupai otak manusia (Rajah C). Kajian awal melalui analisis penjujukan DNA mendapati bahawa cendawan ini adalah daripada spesies Calvatia cyaniformis. Namun begitu, kajian lanjutan perlu dilakukan untuk mengetahui samada cendawan ini beracun, atau mempunyai potensi untuk digunakan dalam bidang perubatan atau industri bioteknologi. Secara tidak langsung, ini membuktikan Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian cendawan yang masih belum dikenal pasti dan berkemungkinan besar mempunyai potensi tinggi untuk dikomersilkan. Namun begitu, bantuan dalam bentuk geran penyelidikan asas (fundamental) dari agensi berkaitan adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Kredit Foto : greenbay

Najis Berdarah : Adakah Buasir?

Apabila seseorang mengadu najis berdarah adalah satu perkara biasa apabila dikaitkan dengan buasir. Ada yang terus menganggap dirinya mengalami masalah buasir tanpa mendapatkan pemeriksaan dan  rawatan daripada doktor. Malah ada juga pesakit yang dirawat sebagai pesakit buasir selama berbulan-bulan dan kemudian apabila pemeriksaan lanjut dilakukan hakikatnya pesakit mengalami masalah lain seperti kanser bahagian rektum ( rectal cancer ) atau kanser anus ( anal cancer ).

Najis berdarah boleh dibahagikan kepada sama ada darah segar ( fresh blood ), darah yang telah beku dan berwarna maroon ( hematochezia ) atau darah yang telah bertukar menjadi hitam kerana enzim pencernaan dan bakteria usus ( melena ). Ketiga-tiga jenis pendarahan ini memberi tanda di bahagian manakah pendarahan tersebut berlaku.

Darah segar biasanya disebabkan oleh pendarahan dari usus besar sebelah kiri terutamanya di bahagian rektum dan anus. Jika darah segar ini tidak bercampur dengan najis biasanya puncanya adalah masalah di bahagian hujung usus iaitu saluran anus. Salah satunya adalah buasir. Buasir atau dalam bahasa perubatannya hemorrhoid terletak pada saluran anus- bukaan di hujung usus yang panjangnya lebih kurang 4 sentimeter. Semua manusia ada tisu hemorrhoidal ini yang berasal dari hemorrhoidal plexus iaitu salur darah arteri dan vena yang memberi bekalan darah kepada rektum dan anus. Selain salur darah, pleksus ini juga terdiri daripada tisu fiber ( fibrous tissue ) , tisu penghubung ( connective tissue ) dan otot. Pleksus ini adalah penting kerana memberi 30% kontinen ( continence ) iaitu kebolehan menahan cecair dan angin di dalam saluran anus. Simptom klasikal bagi pendarahan buasir adalah darah segar yang menitik dengan banyak sebelum najis keluar sehingga ruangan mangkuk tandas menjadi merah dan tiada rasa sakit pada bahagian anus.

Sebab-sebab lain najis berdarah segar tanpa sakit adalah rectal varices ( bengkak salur darah kerana hipertensi portal ) , anal fistula ( wujud trek yang menyambungkan dinding rektum dengan kulit pada bahagian anus ) dan anal polyp.  Jika ada rasa sakit , maka kebiasaanya adalah disebabkan pesakit mengalami masalah luka pada anus ( anal fissure ). Namun darah disebabkan oleh anal fissure kebiasaannya adalah sangat sedikit. Sebab lain adalah seperti pengumpulan nanah pada tisu lemak di bahagian kiri dan kanan rektum  dan anus (anorectal abscess ), anal wart ( jangkitan human papilloma virus ), kaposi sarcoma, rectal prolapse ( sebahagian atau keseluruhan rektum jatuh ), proctitis ( radang pada bahagian rektum disebabkan oleh jangkitan kuman atau radioterapi ) dan buasir luar  ( external hemorrhoid ).

Jika darah segar tersebut bercampur dengan najis, puncanya adalah lebih tinggi ( proksimal ) di bahagian usus besar sebelah kiri. Yang paling merbahaya adalah kanser rektum, kerana tanpa pemeriksaan lanjut, diagnosis akan lewat dan kanser akan merebak tanpa rawatan yang sewajarnya. Pesakit dengan kanser rektum kebiasaanya akan mengadu simptom lain seperti tenesmus ( perasaan ingin membuang najis tetapi apabila pergi ke tandas tiada najis yang keluar, perubahan kebiasaanya membuang air besar ( contohnya jika kebiasaanya membuang najis setiap hari, terdapat perubahan seperti hanya membuang selepas 3 hari atau seminggu dan najis menjadi cair dan kerap  ), bertukar-tukar antara najis keras dan cair, rasa tidak puas membuang air besar. Pesakit juga boleh mengalami kehilangan berat badan yang ketara, hilang selera makan dan simptom kekurangan darah ( pening, cepat penat atau sesak nafas apabila melakukan sesuatu kerja atau aktiviti dan badan lemah tidak bermaya. Mungkin akan ada pembengkakkan di bahagian abdomen ( abdominal mass )  jika kanser sudah terlalu lewat.

Selain kanser , pesakit juga mungkin ada masalah lain seperti polyp ( ketumbuhan bukan kanser tetapi berisiko menjadi kanser, penyakit diverticular ( pembentukan belon-belon kecil daripada dinding usus sama ada sejak lahir –kongenital atau disebabkan oleh masalah tekanan dalam usus yang tinggi biasanya kerana sembelit ) dan keradangan kronik usus ( inflammatory bowel disease ).

Untuk pendarahan jenis hematochezia, punca pendarahan biasanya lebih proksimal seperti pada usus sebelah kanan atau usus kecil. Darah biasanya dalam kuantiti yang lebih banyak dan pesakit boleh mengalami renjatan ( shock ) akibat kekurangan darah. Jenis penyakit yang menyebabkan hematochezia termasuk diverticular disease, polip, kanser kolon dan inflammatory bowel disease.

Pendarahan jenis melena pula biasanya disebabkan oleh masalah di bahagian esofagus,perut dan duodenum sama ada esophageal varices ( pembengkakkan salur darah pada esofagus kerana hipertensi portal ) ,ulser pada perut atau duodenum kanser perut. Selain itu boleh juga disebabkan oleh ketumbuhan jenis lain seperti polip dan GIST ( gastro intestinal stromal tumour ), duodenal diverticular. Kerana darah ini melalui laluan yang panjang dan mempunyai banyak enzim pencernaan serta bakteria, ianya teroksida dan menjadi warna hitam, melekit dan berbau ( black tarry stool ).

Bagi seseorang yang mengalami masalah najis berdarah terutama jika usianya melebihi 40 tahun, terdapat simptom lain seperti perubahan tabiat membuang air besar , ada sejarah keluarga dengan kanser usus terutama pada usia muda dan adanya kekurangan darah sama ada daripada pemeriksaan darah atau kerana ada simptom kekurangan darah, ujian kolonoskopi perlu dilakukan untuk memastikan tiada kanser kolon. Buasir juga dapat dlihat semasa pemeriksaan kolonoskopi ataupun boleh dilakukan lebih awal dengan pemeriksaan proktoskopi. Buasir jenis internal boleh terus diikat semasa pemeriksaan ( Rubber banding ). Walaupun terdapat buasir, ia masih tidak dapat menolak 100% adanya sebab lain pendarahan seperti kanser usus. Pemeriksaan jari melalui rektum ( per rectal examination ) juga sangat penting untuk memastikan tiada ketumbuhan di bahagian rektum dan memberi idea untuk perancangan kolonoskopi sama ada perlu disegerakan.

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan najis berdarah. Ada diantara punca- punca ini memerlukan diagnosis dalam kadar segera agar rawatan dapat dimulakan secepat mungkin. Kegagalan berbuat demikian dengan menganggap najis berdarah adalah kerana buasir boleh menyebabkan diagnosis kanser yang lewat dan pesakit hanya akan datang mendapatkan rawatan apabila usus sudah tersumbat ataupun kanser sudah merebak setempat  serta tidak boleh dibedah lagi ataupun sudah merebak ke organ lain. Ini menjadikan rawatan lebih kompleks dan kebolehan untuk sembuh sepenuhnya daripada kanser usus menjadi sangat tipis. Kanser usus yang tersumbat dan pesakit datang lewat boleh meyebabkan usus bocor, jangkitan kuman pada abdomen dan akhirnya membawa kematian.

Kredit Foto : docwillieong

Kebanyakan Muntah Paus Tulen Tidak Dijumpai di Pantai

Umpama emas terapung di permukaan lautan yang menanti pemilik bertuah untuk memilikinya begitulah boleh diibaratkan dengan ketulan lilin ambergris yang biasanya disebut sebagai muntah paus. Siapa sangka bahan sebegini mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran.

Ambergris adalah bahan berwarna kelabu atau kehitaman kusam yang padat, berlilin dan mudah terbakar. Bahan berharga ini terhasil daripada rembesan saluran hempedu yang terdapat di dalam sistem pencernaan spesies Ikan Paus Sperma (Physeter catodon).

Paus Sperma

Ambergris merupakan bahan yang bernilai tinggi bagi industri pembuataan minyak wangi di mana ianya digunakan sebagai bahan penetap yang membolehkan aroma sesuatu minyak wangi yang dihasilkan tahan lebih lama.

Secara umumnya, proses yang mendorong pembentukan dan pengeluaran ambergris kurang difahami oleh penyelidik-penyelidik.

Pakar Oseanografi, Dr. Robert Henry Clarke telah membuat satu hipotesis bahawa pembentukan ambergris bermula apabila jisim yang tidak dapat dihadam terutamanya paruh dan tulang sotong berjaya melalui duodenum. Sekiranya jisim ini tersekat di dalam usus, dinding usus akan bertindak balas dengan menyerap air daripada jisim yang diresapi najis, sehingga menyebabkan ia menjadi pejal. Apabila proses ini berterusan, saiz jisim akan bertambah dengan pertambahan lapisan pepejal tambahan.

Secara realiti menurut kupasan oleh Dr. Robert di dalam jurnalnya iaitu “The Origin of Ambergris” menyatakan bahawa ambergris sangat jarang ditemui di pantai, kebanyakan daripadanya diperolehi terus daripada bangkai ikan paus.

Dr. Robert turut menyatakan bahawa terdapat ramai individu telah membawa kepada beliau ketulan busuk yang di kutip di tepi pantai dengan harapan ianya adalah ambergris, namun, tiada satu pun ketulan yang dijumpai itu adalah ambergris.

Kebelakangan ini kita seringkali mendengar media-media tempatan dan antarabangsa melaporkan beberapa individu bertuah yang telah menemui ketulan terapung ini di beberapa buah negara seperti Thailand, Indonesia, Yemen, Oman dan Britain.

Rajah 1: Perbandingan di antara ambergris tulen (kiri) dan sampel yang diperolehi daripada perairan Malaysia (kanan)

Namun, persoalannya adakah ketulan terapung yang dijumpai ini adalah benar-benar ambergris yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di dalam industri minyak wangi atau sekadar kandungan lemak semata-mata?

Bagi ketulan muntah paus yang bernilai tinggi ianya akan mempunyai beberapa bahan aktif yang terdiri daripada ambrein (25-45%), epicoprosterol (30-40%) dan coprostanone (3-4%). Tanpa kandungan bahan-bahan aktif berkenaan ketulan yang ditemui tidak mempunyai apa-apa nilai.

Rajah 2: Molekul-molekul bagi bahan aktif yang perlu ada bagi ambergris tulen

Seperti kenyataan seorang nelayan Thailand yang menjumpai ketulan lilin ini bahawa beliau sendiri tidak pasti apakah ketulan yang dijumpai olehnya. Ketulan terapung yang ditemui beliau hanya dapat ditentusahkan sebagai ambergris hanya melalui analisa makmal.

Bersesuaian dengan harganya yang sangat tinggi di pasaran ketulenan ambergris muntah paus perlu melalui satu analisa makmal yang kompleks dan perlu dirujuk kepada satu bahan penyelidikan piawai yang khusus.

Sesuatu yang amat mengujakan apabila Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berupaya menentusahkan ketulenan sesuatu sampel ketulan terapung yang ditemui oleh beberapa orang perseorangan yang mendakwa menemui muntah paus sebelum ini.

Rajah 3: Pegawai sedang melaksana proses pengekstrakan bahan aktif daripada ektrak organik

Pasukan teknikal makmal PPPL yang diketuai oleh Ketua Bahagian Makmal iaitu En. Asrul Azani Mahmood telah melakukan beberapa siri analisa dan mereka telah berjaya menentusahkan ketulenan 18 sampel yang dipercayai ambergris.

Rajah 4: Pegawai sedang menganalisa sampel dengan alatan gas chromatography mass spectrometry (GCMS)

Menurut En. Asrul 18 sampel yang dihantar untuk dilakukan ujian di makmal PPPL tidak menunjukkan bacaan tiga bahan aktif utama ambergris berbanding nilai bacaan bahan penyelidikan piawai.

Kemampuan menentusahkan ketulenan muntah paus ini turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT dan Plymouth Universiti iaitu Dr. Nurul Huda Abdul Wahab dan Prof. Dr. Rowlan J. Stevan.

Berdasarkan kepada kemampuan ini, pihak PPPL UMT boleh dianggap sebagai institusi pertama di Malaysia yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan ambergris atau muntah paus secara kimia. Sekiranya diberikan kepercayaan pasukan teknikal makmal PPPL mampu untuk menganalisa sampel-sampel daripada luar negara.

Keputusan analisa ketulenan sesuatu sampel dapat dikeluarkan dalam tempoh seminggu memandangkan teknik ujian yang digunakan adalah rumit dan kompleks.

Rajah 5: Puncak-puncak yang didapati daripada alatan gas chromatography mass spectrometry (GCMS) mewakili ambrien, coprostanone dan epi-coprostero

Namun, sekiranya terdapat sampel yang dihantar itu adalah ambergris tulen maka pemilik akan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perikanan 1999 (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam). Ini adalah kerana ikan paus sperma termasuk di dalam kategori spesies terancam. Oleh itu, kebenaran memiliki ambergris tulen hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Sesungguhnya keupayaan menentusahkan ketulen ambergris ini telah menjadi satu lagi nilai tambah kepada PPPL, UMT yang baru sahaja memperolehi akreditasi penuh MS ISO/IEC 17025:2017 bagi kompetensi analisa makmal untuk analisa permukaan bahan pada tahun 2020.

Catatan: Penulis merupakan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu

Membongkar Rahsia Makhluk Bertubuh Kecil, Si Perosak Beras

NASI merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Hidangan nasi sering diambil pada waktu makan tengahari, malam dan juga waktu sarapan pagi. Meskipun nasi dikategorikan sebagai makanan ruji, namun sumber bekalan beras ini masih diimport dari negara luar seperti Pakistan, Thailand, Kemboja, India dan lain-lain. Import beras dijalankan bagi memastikan stok beras negara ini mencukupi untuk dijadikan stok simpanan negara sekurang-kurangnya enam bulan di gudang simpanan beras bagi tujuan biosekuriti. Apa yang menariknya, terdapat makhluk kecil yang mendiami, menginfestasi, sekaligus merosakkan bijirin beras. Di skala yang besar, pengurangan kualiti produk di gudang penyimpanan beras adalah sangat bererti dan dititikberatkan. Manakala, pada skala kecil iaitu di bekas simpanan beras di rumah-rumah dan kedai runcit, bijirin beras akan kelihatan seperti kotor dan geli untuk dimakan jika terdapat kehadiran ratusan mahupun ribuan makhluk kecil ini.

Makhluk kecil? Spesies apakah yang dirujuk? Makhluk kecil ini merujuk kepada spesies serangga yang dikenali sebagai serangga perosak bijirin beras, merujuk kepada serangga kumbang dan rama-rama. Spesies ini merosakkan atau menginfestasi bijirin beras. Antara spesies yang sering ditemui adalah bubuk beras, Sitophilus oryzae (lesser grain weevil) dan Oryzaephilus surinamensis (sawtoothed grain beetle). Kedua-dua spesies ini dikategorikan sebagai spesies perosak lepas tuai atau postharvest dalam Bahasa Inggerisnya (Rajah 1). Spesies ini agak kerap ditemui di stok simpanan beras di rumah-rumah jika bijirin telah disimpan dalam tempoh yang lama. Tempoh yang lama ini membenarkan telur serangga berkembang menjadi peringkat larva, pupa dan dewasa. Di samping merosakkan beras, kebanyakkan spesies ini juga menjadi perosak kepada produk stok simpanan kering seperti kekacang, rempah, tepung, susu formula, buah-buahan kering dan juga lain-lain.

Rajah 1. Beras yang diinfestasi serangga perosak

Terdapat dua kumpulan serangga perosak bijirin beras yang dikategorikan berdasarkan kepada corak kerosakan yang dibuat terhadap beras. Kumpulan pertama dikenali sebagai spesies primer yang merosakkan bijiran beras secara langsung dengan memakan bijirin dan menebuk bijirin tersebut untuk bertelur di dalamnya, seterusnya menjadikan medium tersebut sebagai tempat pembiakannya. Antara spesies primer pada bijirin adalah S. oryzae, Rhyzopertha dominica (lesser grain borer) dan Cryptolestes ferrugineus (rusty grain beetle). Manakala, kumpulan kedua dikenali sebagai spesies sekunder yang menjadi perosak bijirin beras dengan memakan sisa bijirin yang telah dirosakkan oleh spesies primer. Oryzaephilus surinamensis, Tribolium castaneum (red flour beetle) dan Cadra cautella (dried currant moth) adalah antara contoh spesies sekunder. Selain dari itu juga, psocids yang tidak tergolong dalam spesies primer atau sekunder, turut dikenalpasti sebagai perosak bijirin beras disebabkan kehadiran dan kelimpahan yang tinggi di dalam stok beras. Spesies psocid ini bertindak memakan serangga-serangga perosak yang telah mati merujuk kepada perosak primer dan sekunder (Rajah 2).

Rajah 2. Psocid

Rata-rata spesies perosak bijirin beras ini merujuk kepada spesies kumbang dan adakalanya ia dipanggil bubuk beras. Ia juga turut dikenali dengan panggilan kutu beras, meskipun tidak tergolong di dalam kumpulan spesies kutu yang sebenar iaitu order Phiteraptera.  Kumpulan ‘kutu’ ini merujuk kepada kutu rambut, kutu kucing dan lain-lain yang menjadikan perumah sebagai ektoparasit. Melalui beberapa siri penyelidikan yang dijalankan, terdapat juga spesies rama-rama yang menjadi perosak kepada bijirin beras ini. Kitar hidupnya yang menjalankan metamorfosis lengkap (telur-larva-pupa-dewasa) (Rajah 3) menjadikannya bertindak sebagai perosak dengan lebih berkesan pada peringkat larva dan juga dewasa. Satu kitaran lengkap untuk satu generasi rama-rama memakan masa hampir tiga bulan, namun tempoh ini akan berbeza mengikut spesies masing-masing.

Rajah 3. Kitaran hidup lengkap spesies rama-rama perosak beras, Cadra cautella. Telur, larva, pupa dan dewasa (kiri ke kanan)

Rupa bentuk atau morfologi setiap spesies perosak beras amat berbeza dan mudah untuk dibezakan antara satu sama lain. Walaubagaimana pun, ianya amat sukar untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar. Kanta pembesar atau penggunaan mikroskop amat diperlukan bagi tujuan pengecaman dan pengenalpastian spesies. Jika kita lihat hasil gambar stereoskopik, serangga-serangga perosak ini kelihatan amat menakutkan dan mengerikan!

Mari kita lihat rupa bentuk spesies S. oryzae ini (Rajah 4). Spesies ini mempunyai alat mulut yang muncung dan panjang yang berfungsi untuk menggerudi dan menebuk bijirin beras untuk bertelur di dalamnya. Larva dan dewasanya akan memakan bahagian dalam bijirin dan berkembang di dalamnya, sekaligus menyebabkan kaviti bijirin kosong, semakin ringan dan sangat rendah kualitinya untuk jualan. Oleh sebab perkembangan hidupnya adalah di dalam bijirin, spesies ini amat sukar untuk dieradikasi atau dimusnahkan sepenuhnya. Ia berselindung di dalam kaviti bijirin dan menyebabkan ketidakupayaan racun perosak untuk menembusi bijirin untuk membunuh telur. Selain dari itu, spesies R. dominica dan C. ferrugineus juga antara spesies yang direkodkan sebagai perosak bijirin beras primer (Rajah 4).

Rajah 4. Spesies perosak primer, Sitophilus oryzae (kiri), Rhyzopertha dominica (tengah) dan Cyptolestes ferrugineus (kanan)

Selain dari itu juga, salah satu spesies perosak sekunder adalah O. surinamensis. Spesies ini juga mempunyai struktur morfologi badan yang unik dengan mempunyai struktur bergigi seperti mata gergaji di sisi kanan dan kiri pada bahagian segmen depan tubuhnya. Ciri yang dimilikinya ini sangat selari dengan nama umumnya iaitu sawtoothed grain beetle, kumbang gigi mata gergaji. Spesies ini mendapatkan makanan dengan menjadi perosak pada peringkat larva dan dewasanya dengan memakan cebisan-cebisan beras yang dirosakkan oleh perosak primer. Antara dua spesies sekunder lain yang kerap ditemui di gudang beras adalah spesies T. castaneum dan C. cautella (Rajah 5).

Rajah 5. Spesies perosak sekunder, Oryzaephilus surinamensis (kiri), Tribolium castaneum (tengah) dan Cadra cautella (kanan)

Spesies perosak ini mempunyai taburan yang meluas di seluruh dunia dan ia dikenali sebagai spesies kosmopolitan. Penyebarannya adalah melalui pemindahan guni-guni beras yang beribu-ribu tan beratnya melalui proses import dan eskport, masuk dan keluar negara pengimport dan pengeksport. Meskipun terdapat langkah-langkah kawalan ke atas spesies ini seperti fumigasi atau pewasapan di sempadan dan pelabuhan negara, namun masih ada spesies yang mampu bertahan dan tidak terkesan dengan rawatan tersebut lantas menjadikan kadar sebarannya semakin luas dan berkembang.

Apa yang ditakuti adalah dengan kewujudan spesies kumbang Khapra, Trogoderma granarium yang direkodkan sebagai spesies invasif asing perosak pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia 2021-2025 (DOA 2021). Sehingga kini, spesies ini belum pernah direkodkan wujud di Malaysia melalui proses perdagangan import beras dari luar negara. Jika kehadirannya direkodkan, arahan penutupan gudang harus dibuat serta merta dari sebarang aktiviti bagi menjalankan kerja-kerja pemusnahan dan fumigasi bagi membunuhnya.

Teknik radiasi menggunakan sinaran gama pada dos yang optimum ke atas bijirin beras merupakan antara langkah efektif bagi mematikan telur perosak yang mendiami bijirin beras ini. Kaedah ini wajib dijalankan oleh negara-negara pengeluar sebelum perdagangan import dan eksport berlaku. Selain dari itu juga, mereka perlu mengikut piawaian dunia yang digariskan bagi memastikan tiada kesan negatif residu ke atas bijiran dan mampu membunuh perosak dalam skala besar. Teknik radiasi ini juga telah diguna pakai kepada buah-buahan tempatan negara untuk diesksport ke luar negara sebagai langkah lepas tuai bagi tujuan kuarantin.

Meskipun terdapat beberapa teknik moden dan terkini telah diguna pakai, namun jumlah kos yang tinggi perlu di ambil kira memandangkan ia dikomersialkan secara besar-besaran. Oleh itu, pembalutan bagi tujuan jualan yang divakumkan merupakan antara langkah yang terbaik bagi mematikan sumber-sumber telur serangga perosak yang masih kekal ada di dalam bijirin. Namun, aplikasi ini sering diguna pada beras berkualiti tinggi dan dijual dalam jumlah yang lebih mahal kerana mengambil kira kos pembalutan plastik vakum. Petua yang digunakan oleh rakyat Malaysia dengan menyimpan cili kering di dalam bekas simpanan merupakan antara langkah-langkah yang mudah, murah dan efektif bagi menilai keberadaan serangga perosak ini dengan bertindak sebagai repelen. Terdapat juga beberapa kajian yang masih dijalankan dengan menggunakan tumbuhan-tumbuhan herba bagi membantu mengawal infestasi dan kerosakan serangga perosak yang lebih mesra alam. Perkara ini diyakini kerana tanaman tersebut mempunyai sebatian yang berpotensi untuk bertindak sebagai repelen.

Kesimpulannya, industri pertanian khususnya penanaman padi di Malaysia (Rajah 6) harus digiatkan dan ditambah keluasannya bagi memastikan sumber beras ini mencukupi tanpa mengimport sumber beras daripada luar negara. Ini merupakan cadangan atau usulan terbaik bagi mengurangkan pengendalian beras serta perosaknya dalam jangka masa panjang selain menjadikan sumber beras Malaysia mencukupi. Langkah ini juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat Malaysia.

Rajah 6. Pemandangan sawah padi

Info Penulis;

Prof. Madya Dr. Salmah Yaakop – salmah78@ukm.edu.my

Salmah Yaakop merupakan pensyarah kanan di Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakarannya adalah dalam Sistematik Serangga,  Kepelbagaian Serangga dan Taksonomi Braconidae (Hymenoptera). Beliau telah menerima Ijazah Doktor Falsafah dari State Universiti of Groningen, The Netherlands dalam bidang Biologi Evolusi, manakala, BSc. dan MSc. dari UKM (Zoologi-Entomologi). Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan ke atas serangga perosak stok simpanan, serta perosak, pendebunga, pemangsa, pengurai dan parasitoid tanaman dagangan. Banyak penerbitan jurnal, buku dan bab dalam buku berkaitan bidang telah diterbitkan khususnya bagi tujuan pemuliharaan.


Dr
. Syarifah Zulaikha Syed Ahmad – syarifahzulaikha92@gmail.com

Syarifah Zulaikha Syed Ahmad merupakan seorang penyelidik khususnya berkenaan spesies perosak beras di gudang simpanan beras. Beliau telah memulakan bidang pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011 dengan BSc. dan MSc. dalam bidang Entomologi, dan menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan pengkhususan Zoologi. Meskipun sekarang beliau menceburkan diri di dalam bidang kemanusiaan, namun beliau masih aktif menulis jurnal berkenaan biologi serta genetik serangga perosak beras sebagai rujukan kepada industri beras di Malaysia.


Rujukan

DOA, 2021. National Action Plan on Invasive Alien Species 2021-2025. Jabatan Pertanian, Malaysia. Putrajaya. ISBN 978-983-047-274-4

Syed Ahmad Syarifah Zulaikha and Salmah Yaakop. 2021. Spatial and temporal aggregation of Oryzaephilus surinamensis from Peninsular Malaysia. Pakistan Journal of Agricultural Science. 58(4): 1123-1130.

Syed Ahmad Syarifah-Zulaikha, Madihah Halim, Ameyra Zuki Aman & Salmah Yaakop. 2021. Haplotype Analysis and Phylogeny of Oryzaephilus surinamensis Populations from Four Regions in Peninsular Malaysia.  Journal of Tropical Agricultural Science. 44 (3): 565 – 582.

Suhana Yusof, Ahmad Zainuri Mohamad Dzomir, and Salmah Yaakop. 2019. Effect of Irradiating Puparia of Oriental Fruit Fly (Diptera: Tephritidae) on Adult Survival and Fecundity for Sterile Insect Technique and Quarantine Purposes. Journal of Economic Entomology 2808–2816: 1–9.

Syarifah Zulaikha, S. A., Halim, M., Nor Atikah, A. R. and Yaakop, S.  2018. Diversity and abundance of storage pest in rice warehouses in Klang, Selangor, Malaysia. Serangga. 23(2): 259-267

Asid Benzoik Dalam Makanan

Apa itu Asid Benzoik?

Asid benzoik adalah antara bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis bagi memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan.

Asid benzoik juga dikenali sebagai asid fenilformik atau asid benzena karboksilik wujud dalam bentuk semula jadi, tetapi biasanya disediakan secara sintetik. Ianya dalam bentuk pepejal berhablur tanpa warna.

Bahan tambah ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk terbitan seperti natrium benzoat (E211), kalium benzoat (E212), kalsium benzoat (E213) atau bentuk benzoat yang lain seperti para-hidroksibenzoat. Asid benzoik dan terbitannya terutamanya natrium benzoat digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet antimikrob.

Asid benzoik juga terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan, khususnya buah beri.

Penggunaan dalam Makanan
Umumnya, Asid benzoik serta terbitannya terutamanya natrium benzoat digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet di dalam beberapa sediaan makanan yang tidak tahan lama seperti cili boh, mayonis, sos tiram, sos cili, kicap, santan kelapa, jem, buah atau sayur yang ditinkan, buah yang dikeringkan dan minuman ringan.

Pada amnya bahan pengawet ini selamat untuk digunakan sebagai bahan tambah di dalam makanan, tetapi pada kepekatan yang dibenarkan. Mengikut Akta Makanan (1983), kepekatan asid benzoik atau natrium benzoat yang dibenarkan adalah dalam julat 350 mg/kg hingga 2000 mg/kg.

Kesan Pengambilan Asid benzoik kepada Kesihatan Manusia

Walaupun Asid benzoik dianggap sebagai tambahan yang sangat selamat dan berkesan, namun ianya boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan yang kecil. Kesan-kesan sampingan yang mungkin: kesukaran bernafas, asma, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak dan alahan.

Tubuh badan manusia tidak mengumpul Asid benzoik dan terbitannya (natrium benzoate). Sebaliknya, akan dimetabolismakan dan dikeluarkan dalam bentuk urin dalam masa 24 jam.

Nasihat kepada pengguna

  1. Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang mempunyai masalah asma atau alah terhadap makanan atau bahan tambah tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada label makanan dan mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu dihindari yang boleh memberikan alahan.
  2. Baca arahan penyimpanan pada label jika ada keperluan untuk disimpan di dalam peti sejuk dingin (chiller) setelah bungkusan atau botol dibuka. Ini untuk mengekalkan kualiti dan jangkahayat makanan tersebut.
  3. Bersihkan sekeliling mulut dan penutup botol bagi sos atau kicap yang disimpan di dalam suhu bilik untuk mengelakkan pertumbuhan kulat disebabkan oleh kadar kelembapan udara yang tinggi pada suhu bilik dan serangga. Penutup botol juga perlu ditutup rapat.