Kuliah 2: Alam Plantae
Bagi sesi kuliah yang kedua, kami telah didedahkan dengan alam plantae atau tumbuhan. Kuliah dimulakan dengan asas proses yang dijalankan oleh semua jenis tumbuhan iaitu proses fotosintesis yang terbahagi kepada dua; i) light cycle dan ii) dark cycle. Kedua-dua keadaan ini menggunakan sumber serta memberikan hasil yang berbeza.
Seterusnya adalah mengenai topik taksonomi. Kita dapat lihat bagaimana proses pengkelasan dan penamaan tumbuhan dilakukan. Nama saintifik adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan nama tempatan dan proses pemberian nama saintifik ini juga sangat teliti dengan merujuk kepada garis panduan antarabangsa yang disebut Kod Antarabangsa Nomenklatur Botanikal/ICBN (International Code of Botanical Nomenclature).
Tumbuhan memerlukan mineral bagi melengkapkan kitar hidup serta membantu fungsi pemangkinan di dalam tumbuhan dan memerlukan hormon bagi merangsang pertumbuhan fisiologi sel sasaran.