Seminar Teknikal Kebangsaan 2022 @UTMKL

Seminar Teknikal Kebangsaan 2022 @UTMKL! Buat julung-julung kali diadakan di UTM Kuala Lumpur. Seminar apakah ini?

Seminar Teknikal Kebangsaan atau National Technical Seminar 2022 (NATECS’ 22) merupakan usahasama antara Jawatankuasa Penolong Jurutera KKAUTM, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) untuk memperkasakan ilmu kemahiran bagi staf teknikal. Program ini juga merupakan satu program perkongsian ilmu teknikal berasaskan sains dan teknologi.

NATECS’ 2022

Bermula dari 2 sehingga 3 November 2022, NATECS’ 22 merupakan kali kedua diadakan di UTM selepas NATECS’ 19 yang telah berjaya dijalankan di UTM Skudai Johor Bahru. Berikut merupakan tentatif program NATECS’ 22.

Tentatif NATECS’ 2022

Sebanyak empat kategori pembentangan telah ditawarkan iaitu Booth Pameran, Pembentangan Poster, Pembentangan Lisan dan Peserta Pemerhati. Bertempat di Dewan Jumaah, Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur. Seramai 63 peserta telah hadir dengan 5 penyertaan untuk Booth Pameran, 6 peserta Pembentangan Lisan, 7 peserta Pembentangan Poster dan 49 yang lain berdaftar sebagai Peserta Pemerhati biasa.

Selain itu, terdapat juga aktiviti bersama masyarakat sekitar UTM Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi suasana program. Seramai 20 orang kanak-kanak dari Little Caliph Jalan Gurney telah menyertai Pertandingan Mewarna Poster.

Pertandingan Mewarna

Seramai 20 orang anak kecil telah menyertai pertandingan ini. Empat hasil karya yang cantik telah dipilih sebagai pemenang. Para pemenang telah diberikan saguhati sebagai hadiah kenang-kenangan.

Pada hari kedua, 3 November 2022 telah diadakan Pertandingan Rekacipta Berinovasi Menggunakan Bahan Terpakai oleh pelajar Rekabentuk Industri UTM Kuala Lumpur.

Pertandingan Rekacipta

Seramai 10 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan hasil kreativiti yang telah ditonjolkan oleh para pelajar kita.

Alhamdulillah.. selesai sudah program NATECS’ 2022. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang hadir dan semua yang menjayakan program ini dari awal hingga akhirnya secara langsung atau tidak langsung. Tahniah semua!