MAJLIS PERPISAHAN DR. NOR ZAIRAH BINTI AB RAHIM

Majlis perpisahan Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim  telah diadakan bersama Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman bersama staf CICT UTMKL. Majlis perpisahan tersebut sempena berakhirnya tempoh perlantikan Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim sebagai Felo Akademik IT.

 

Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim adalah pensyarah Kanan di Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.  Beliau telah dilantik sebagai Felo Akademik IT di CICT Kuala Lumpur selama bermula dari 15 September 2016.

 

Warga CICT mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Nor Zairah binti Ab Rahim di atas khidmat baktinya semasa bersama CICT.

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 – PERISYTIHARAN HARTA SISTEM HRFin

Siri Wacana Ilmu bertajuk ‘Perisytiharan Harta Sistem HRFin’ telah diadakan pada 8 Ogos, 2018 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dan dihadiri oleh warga CICT dan PTJ.  Cik Nurul Jannah bt Mahmud adalah penceramah Siri Wacana Ilmu kali dan dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Hamzah.

 

 

Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

 

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.

 

 

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 – PENGURUSAN PROJEK ICT

Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Siri Wacana Ilmu kali ini bertajuk ‘Pengurusan Projek ICT’ telah diadakan pada 18 Julai, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA CICT 2018

Jamuan Hari Raya CICT UTM Johor Bahru telah diadakan pada 13 Julai 2018 bertempat di Foyer CICT.  Majlis bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.  Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Badan Kebajikan CICT, Encik Mohd Jamhari bin Mohd Rafiee.  Selepas Marhaban, jamuan makan dengan pelbagai juadah seperti ketupat, rendang, lodeh, Mihun/Mi Soto, Laksa Johor, kuih mueh dan pelbagai buah-buahan serta pencuci mulut disediakan untuk semua warga CICT dan keluarga.

 

Majlis juga diceriakan dengan hadiah cabutan bertuah untuk warga yang bertuah.

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 – PENGURUSAN PROJEK ICT

Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Siri Wacana Ilmu kali ini bertajuk ‘Pengurusan Projek ICT’ telah diadakan pada 18 Julai, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.

SUKAN ANTARA UNIVERSITI

‘Demi Sukan Untuk UTM’….itulah cogankata dari semua warga UTM yang menyertai sukan di Universiti Malaysia Pahang bermula dari 10 – 18 Ogos 2018.   Seramai 12 warga CICT telah terlibat secara langsung dalam sukan berkenaan.

 

Pertandingan yang disertai oleh warga CICT di Sukan Antara Universiti tersebut antaranya;

 

Games Catur                    –     Pengarah CICT PM Dr Shahizan bin Othman

 

Games Bowling                –     En Abd Haris bin Ismail

 

Games Basikal                 –     En Sharul bin Ismail

En Mohd Hamri bin Md Yusuf

En Mohd Subha bin Salleh

En Azmi bin Kamis

En Mohd Safudin bin Nordin

 

Games Badminton            –     Cik Nurul Hamizah binti Mohd Amin

 

Games Olahraga              –     Pn Rohaya binti Dahar

En Mohd Safudin bin Nordin

 

Games Futsal Wanita       –     Pn Ruziah Abd Rahman

 

Games Bola Sepak           –     En Muhammad Irham Sauti bin Ishak CICTKL

 

Warga CICT mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta yang telah menjadi wakil CICT dan UTM dalam Sukan Antara Universiti dan TAHNIAH sekali lagi kepada peserta yang telah berjaya.

 

LAWATAN KERJA PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 27 Ogos 2018 (Isnin) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.  Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Hyper Converged Infrastructure (HCI) di UniSZA, di samping berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam pengurusan infrastruktur ICT.

 

Delegasi seramai 6 orang ini terdiri daripada Encik Jaffar Sidek bin Haron (Ketua Bahagian IOM), Encik Noor Haslan bin Sallehudin (Unit Keselamatan Infra ICT), Encik Mohd Rozi bin Katmin (Ketua Unit Infra Struktur dan Operasi), Encik Mohd Nor Akmal bin Masrom (Unit Pusat Data) dan diketuai oleh  Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, CIO/Pengarah CICT.

Lawatan Program ‘Summer Camp’ ke CICT

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima kunjungan delegasi daripada Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia yang telah mengadakan program ‘Summer Camp’ bersama Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM yang berlangsung pada 25 Ogos 2018 hingga 1 September 2018.

 

Seramai 9 pelajar bersama seorang pengiring dari Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia telah melawat ke CICT UTM pada 29 Ogos bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.   Kunjungan ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan ICT kad pelajar  serta peranan CICT di UTM.

 

Delegasi tersebut telah dibawa melawat Gallerium CICT dan  SMAL (Student Multimedia and Content Authoring Production Lab), CICT.  Mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Helmee bin Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 (SCSP1513) SEKOLAH KOMPUTERAN

Pada 24 September 2018 (Isnin), seramai 321 pelajar tahun satu kursus Teknologi dan Sistem Maklumat (SCSP1513), Sekolah Komputeran telah mengadakan lawatan sambil belajar ke CICT, UTM Johor Bahru

 

Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran (T&L) di bawah pendekatan NALI (New Academia Learning  Innovation) dan CICT UTM dipilih sebagai salah satu organisasi yang harus dilawati oleh para pelajar berikutan peranan penting yang dimainkan oleh CICT kepada UTM dan pencapaian memberansangkan yang telah dicapai oleh CICT sehingga hari ini.

 

Sekolah Komputeran telah mengadakan sesi lawatan ini sebanyak 3 siri lawatan berkumpulan seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1 dibawah.

 

Jadual 1: Jadual seksyen dan lawatan

Masa Seksyen Bilangan Pelajar Pensyarah
11.00 pagi – 1.00 tgh 01,02,03 86 Dr Haslina Hashim (30)

Dr Aryati Bakri (28)

Dr Sharin Hazlin Husp (28)

2.00 petang – 4.00 petang 07,08,09 102 En Hairudin Abd Majid (32)

Dr Azurah Abd Samah (31)

Dr Aryati Bakri (40)

4.00 petang – 6.00 petang 04,05,06 133 Dr Shahliza Abd Halim (45)

Dr Azizah Saadon (47)

Dr Nor Bahiah bte Hj Ahmad (41)

 

Mereka telah dibawa melawat ke Gallerium CICT, Security dan Data Center CICT, Student Multimedia and Content Authoring Production Lab (S.M.A.L), Universiti Teknologi Malaysia dan telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai IT, Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin.    Program lawatan berakhir pada jam 6.00 petang setelah selesai sesi bergambar.

 

“PROGRAM INTERAKTIF BAHASA INGGERIS” (INTENPRO) 2018 Interactive English Program (INTENPRO) – “Around The World in 7200 Seconds”

Pada 18 Oktober 2018, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) dan Fakulti Sains dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTM telah menganjurkan Program Bahasa Inggeris Interaktif (INTENPRO) bersempena dengan Minggu Bahasa Inggeris.

 

Program ini diadakan di Bilik Seminar, Aras 4, CICT, bermula dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UTM.

 

Berbagai aktiviti telah diadakan seperti memecahkan Ice Breaking, Impromptu Speech,  Describing Places of Interest, Find Your Partner dan Story Telling.

 

Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama warga UTM.

 

Kehadiran staf UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.