Centre for Global Open Access Learning, Immersive Technology & Networks (GOAL-ITQAN), USIM telah mengadakan sesi lawatan ke CICT, UTM Johor Bahru pada 9 Julai 2019 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Chief Information Officer (CIO) dan disertai oleh 14 orang staf iaitu Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit.
Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan Smart University/Smart Campus yang telah dijalankan di UTM seterusnya membuat penanda aras bagi pelaksanaan Smart University USIM.
Delegasi USIM telah dibawa melawat ke Pusat Data, CICT, UTM. Â Perbincangan dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.