Program Jerayawara Encik Radzuan bin Mohd Nor

 

 

Siri Wacana Ilmu 2019 oleh Encik Radzuan bin Mohd Nor telah diadakan pada  10 Januari 2019, bertempat di  Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 UTM Johor Bahru.  Wacana Ilmu bertajuk Pengalaman ICT sepanjang berada di CICT bermula pada jam 2.15 petang hingga 4.30 petang.

 

 

Program Jerayawara En Radzuan telah dihadiri oleh semua warga CICT UTM Johor Bahru dan setiap Bahagian/Unit membawa potluck masing-masing bagi meraikan  Encik Radzuan bersempena perpindahannya ke UTMLead.

 

Akhir kata didoakan selamat bertugas di tempat baharu kepada Encik Radzuan, semoga dipermudahkan segala urusan, sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa cemerlang dalam kerjaya.. In shaa Allah.. Aamiin yarobbalaalamin….

 

WARGA BARU CICT

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima tiga (3) orang staf baharu yang telah melapor diri pada 15 Januari 2019 iaitu Encik Mohd Seth bin Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat (FA41) dari Fakulti Kejuruteraan Sekolah Komputeran, UTM Johor Bahru, Cik Siti Norain Binti Mohd Taib, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari CICT, UTM Kuala Lumpur dan Encik Salimi Bin Ismail, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dari UTMLead.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan selamat datang dan semoga dapat memberikan sumbangan yang cemerlang di CICT.

 

Seluruh warga CICT juga mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Encik Zailis bin Abu Bakar di Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTMKL bermula 15 Januari 2019 hingga 14 Januari 2020.

Show Case Teknologi ICT Terkini di CICT

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Show Case Teknologi ICT Terkini pada 13 Januari 2019 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Program ini telah berlangsung di Galerium CICT, Aras 2 dan dihadiri oleh semua warga CICT termasuk Felo IT dan Pengurus Teknologi Maklumat.

YBhg Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah melawat CICT dan mengadakan perbincangan bersama dengan semua Pengurusan dan Felo Akademik CICT di Crisis Room, Aras 1 pada jam 11.00 pagi.  

 

Show Case Teknologi ICT Terkini ini adalah acara yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan daripada semua staf CICT.  Semoga program ini akan dapat memberi pendedahan kepada teknologi ICT terkini yang merupakan sebahagian daripada inisiatif yang akan dilaksanakan oleh CICT pada tahun ini.

 

Penyerahan kereta Alza kepada CICTKL

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Kuala Lumpur telah menerima sebuah kereta Alza untuk kegunaan pejabat CICT, UTM Kuala Lumpur yang telah berlangung pada bulan Januari 2019 jam 3.00 petang..  Penyerahan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sharimal bin Osman wakil Pejabat Harta Bina, Johor Bahru (PHB, JB) dan telah diterima oleh Timbalan Pengarah CICT, Kuala Lumpur Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim.

 

Alhamdulilah, ia adalah hasil dan berkat usaha penjanaan dari warga staf CICT.

STAF CICT HADIR TEMUDUGA

Seramai 6 orang staf CICT telah menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) pada 13 Februari 2019.

 

Semoga staf CICT yang berjaya dalam temuduga tersebut akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa…cuba lagi.

 

Wacana ilmu – Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Wacana Ilmu bertajuk Pelaksanaan SPK ISO 9001 : 2015.  Program yang bermula pada 30 Januari 2019, jam 2.30 petang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT dan telah disampaikan oleh Puan Siti Faridah Shaik Abd. Rahman dan Puan Azniza binti Ali.

 

Warga CICT yang hadir dalam program tersebut akan mendapat mata CPD melalui UTM Smile.