PENJENAMAAN SEMULA NAMA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JICT) KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN DIGITAL (UTMDigital) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 28/2019 bertarikh 23 Disember 2019 telah bersetuju meluluskan penjenamaan semula Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JICT) kepada Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) Universiti Teknologi Malaysia. Penjenamaan semula ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.  Penjenamaan semula ini bertujuan untuk memperkasa Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) sebagai pemacu ke arah transformasi Kampus Digital.

Semoga dengan penjenamaan baru ini, Jabatan Perkidmatan Digital (UTMDigital) khususnya dan UTM akan menjadi Universiti yang terunggul di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *