Lawatan Program ‘Summer Camp’ ke CICT

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima kunjungan delegasi daripada Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia yang telah mengadakan program ‘Summer Camp’ bersama Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM yang berlangsung pada 25 Ogos 2018 hingga 1 September 2018.

 

Seramai 9 pelajar bersama seorang pengiring dari Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia telah melawat ke CICT UTM pada 29 Ogos bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.   Kunjungan ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan ICT kad pelajar  serta peranan CICT di UTM.

 

Delegasi tersebut telah dibawa melawat Gallerium CICT dan  SMAL (Student Multimedia and Content Authoring Production Lab), CICT.  Mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Helmee bin Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 (SCSP1513) SEKOLAH KOMPUTERAN

Pada 24 September 2018 (Isnin), seramai 321 pelajar tahun satu kursus Teknologi dan Sistem Maklumat (SCSP1513), Sekolah Komputeran telah mengadakan lawatan sambil belajar ke CICT, UTM Johor Bahru

 

Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran (T&L) di bawah pendekatan NALI (New Academia Learning  Innovation) dan CICT UTM dipilih sebagai salah satu organisasi yang harus dilawati oleh para pelajar berikutan peranan penting yang dimainkan oleh CICT kepada UTM dan pencapaian memberansangkan yang telah dicapai oleh CICT sehingga hari ini.

 

Sekolah Komputeran telah mengadakan sesi lawatan ini sebanyak 3 siri lawatan berkumpulan seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1 dibawah.

 

Jadual 1: Jadual seksyen dan lawatan

Masa Seksyen Bilangan Pelajar Pensyarah
11.00 pagi – 1.00 tgh 01,02,03 86 Dr Haslina Hashim (30)

Dr Aryati Bakri (28)

Dr Sharin Hazlin Husp (28)

2.00 petang – 4.00 petang 07,08,09 102 En Hairudin Abd Majid (32)

Dr Azurah Abd Samah (31)

Dr Aryati Bakri (40)

4.00 petang – 6.00 petang 04,05,06 133 Dr Shahliza Abd Halim (45)

Dr Azizah Saadon (47)

Dr Nor Bahiah bte Hj Ahmad (41)

 

Mereka telah dibawa melawat ke Gallerium CICT, Security dan Data Center CICT, Student Multimedia and Content Authoring Production Lab (S.M.A.L), Universiti Teknologi Malaysia dan telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai IT, Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin.    Program lawatan berakhir pada jam 6.00 petang setelah selesai sesi bergambar.

 

“PROGRAM INTERAKTIF BAHASA INGGERIS” (INTENPRO) 2018 Interactive English Program (INTENPRO) – “Around The World in 7200 Seconds”

Pada 18 Oktober 2018, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) dan Fakulti Sains dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTM telah menganjurkan Program Bahasa Inggeris Interaktif (INTENPRO) bersempena dengan Minggu Bahasa Inggeris.

 

Program ini diadakan di Bilik Seminar, Aras 4, CICT, bermula dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UTM.

 

Berbagai aktiviti telah diadakan seperti memecahkan Ice Breaking, Impromptu Speech,  Describing Places of Interest, Find Your Partner dan Story Telling.

 

Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama warga UTM.

 

Kehadiran staf UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT CICT BULAN OKTOBER 2018- CICT FUN WALK

Selaras dengan hasrat Pengurusan UTM dalam memastikan warga UTM sentiasa mengamalkan serta membudayakan aktiviti Gaya Hidup Sihat secara holistik, Program Gaya Hidup Sihat Peringkat CICT anjuran Badan Kebajikan CICT telah pada 21 Oktober 2018, (Ahad) di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru.  Semua warga CICT dikehendaki berpakaian sukan lengkap.

 

Program yang bermula dari jam 7.45 pagi dengan kehadiran /pendaftaran warga CICT dan aktiviti regangan yang diketuai oleh Encik Mohd Safudin bin Nordin.

 

Aktiviti selanjutnya iaitu CICT Fun Walk Stadium Azman Hashim UTM dan laluan untuk aktiviti walkton adalah disepanjang luar dan dalam Stadium Azman Hashim UTM dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul.  Aktiviti tamat pada jam 9.30 pagi dan mula bertugas seperti biasa di tempat bertugas masing-masing.

 

Kehadiran staf dalam program ini dikira sebagai jam kredit kursus di dalam UTMSmile.

 

CICT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Safudin bin Nordin dan Encik Muhammad Farhan Arif bin Ismail/Encik Muhammad Izzat bin Sedzali serta seluruh warga CICT kerana telah menjayakan program ini dan semoga usaha membudayakan Gaya Hidup Sihat ini dapat dijayakan dimasa-masa mendatang.

PROGRAM TEAM BUILDING CICT 2018, ‘SATU HATI, SATU CICT’

Program Teambuilding ‘Satu Hati, Satu CICT’ 2018 ini merupakan kursus pengukuhan kerja berpasukan di kalangan warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ia bertepatan dengan hasrat Pengurusan CICT untuk membentuk sinergi baru, rasa kebersamaan dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga CICT merupakan antara inti pati penting dalam pelaksanaan misi ini. Selain itu, perubahan struktur dalaman dan usaha meningkatkan produktiviti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja memerlukan satu ruang masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan di kalangan warga CICT.  Justeru, program ini dianjurkan bertujuan memenuhi aspirasi Pengurusan CICT dan seterusnya mengukuhkan pasukan kerja khususnya di kalangan eksekutif CICT dan seterusnya kepada warga CICT di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

 

Program Team Building CICT 2018 telah diadakan pada 28 Oktober 2018 (Ahad) dengan tema ‘SATU HATI, SATU CICT’.  Program bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Utama, Pusat Latihan dan Hutan Rekreasi UTM Johor Bahru.  Program ini melibatkan penyertaan semua warga CICT seramai 156 orang (termasuk Felo Akademik di CICT) di CICT UTM Johor Bahru dan 4 orang staf CICT dari UTM Kuala Lumpur sebagai wakil.

 

Kehadiran adalah diwajibkan bagi warga CICT UTM Johor Bahru dan dan program ini juga merupakan urusan rasmi Universiti (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005).

 

Program Team Building CICT 2018 berjalan dengan lancar dengan jayanya.  Syabas dan tahniah kepada warga CICT.

 

 

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT – 6 Oktober 2018

Seluruh warga CICT dan pelajar praktikal CICT telah sama-sama menjayakan program Gotong Royong Perdana CICT sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT & Universiti pada 6 Oktober 2018 (Khamis).  Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan pembahagian setiap bahagian telah ditempatkan mengikut lokasi zon/aras.  Taklimat gotong royong telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat.

Kehadiran staf CICT, UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA TEAM SUKAN CICT

TAHNIAH dan SYABAS kepada team sukan CICT (lelaki dan wanita) kerana telah berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam acara sukan USG, UTM.  CICT telah menyertai acara badminton lelaki dan perempuan, bola jarring, bowling, peetang, track dan balapan yang telah diadakan pada awal tahun 2018, serta dragonboat.

Program dragonboat race antara jabatan telah diadakan di Tasik UTM pada 13 Oktober 2018 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Team CICT (lelaki) telah berjaya mendapat pingat gangsa.  Walau bagaimanapun bagi team CICT (wanita), jangan kecewa.  Semoga tahun hadapan kedua-dua team CICT (lelaki dan wanita) akan menjulang pingat emas pula.

Ucapan tahniah juga diberikan kepada penyokong CICT yang telah sama-sama memberi sokongan padu kepada peserta CICT yang berjuang dalam persaingan sengit itu.

Majulah sukan untuk CICT.

 

 

 

 

 

Program CSR CICT (Bangsa Johor Bahagia)

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi  (CICT) telah terlibat dengan projek CSR (Bangsa Johor Bahagia) di bawah tajaan Yayasan Raja Zarith Negeri Johor & Yayasan  Sultan Ibrahim Johor  dengan kerjasama UTM yang diketuai oleh  Prof Dr Rose Alinda Binti Alias.

 

Program secara berkala ini diadakan selama empat (4) bulan iaitu bermula dari bulan Oktober 2018 hingga Januari 2019.  Antara aktiviti yang dijalankan oleh CICT adalah seperti berikut :

 

  1. Pengajar (bidang ICT seperti penggunaan software, baikpulih komputer/handphone dll)
  2. Internet Marketing
  3. Laman web
  4. Sosial Media
  5. Pereka Dalaman Kiosk IT Hub
  6. Lain-lain yang berkaitan dan bersesuaian.

 

Projek CSR (Bangsa Johor Bahagia) pertama yang dijalankan oleh CICT adalah pada 6 Oktober 2018 dan telah diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Pangsapuri Kangkar Pulai, Perbadanan Kenari dan di Bilik Latihan, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru.

 

Semua warga CICT telah melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam program CSR (Bangsa Johor Bahagia).

 

Selain daripada CICT, beberapa PTJ UTM juga turut serta mengikut bidang kepakaran masing-masing.

 

Penglibatan dalam program ini akan menyumbang kepada markah Penilaian Prestasi Tahun 2018 dan layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Khidmat Masyarakat peringkat CICT & UTM serta mendapat Sijil Penghargaan dari Kerajaan Negeri Johor.

 

DUA STAF CICT MENERIMA PENGANUGERAHAN DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-61

Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi menyaksikan penganugerahan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-61 yang telah berlangsung pada 10-12 November 2018, bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru kepada seramai 3,652 penuntut yang berjaya menamatkan pengajian, iaitu 281 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah; 799 orang graduan ijazah Sarjana; 2,257 orang graduan ijazah Sarjana Muda, manakala 45 orang graduan Diploma.

 

Dua orang staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah berjaya menamatkan pengajian iaitu Encik Helmee bin Yaacob telah dianugerahkan Sarjana Teknologi Maklumat, Pengkhususan : Pengurusan Teknologi Maklumat – M. IT. (Master of Information Technology, Specialisation: Information Technology Management), dan Tuan Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed telah dianugerahkan Sarjana Sains (Keselamatan Maklumat) – M. Sc. (Information Security), Master of Science (Information Security).

 

Penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM. Turut serta menyampaikan ijazah ialah Pro-Canselor UTM, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor; YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan; dan YBhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sadiah binti Sheikh Bakir; serta Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar.

 

CICT khususnya dan UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua graduan dan terutama kepada Encik Helmee bin Yaacob dan Tuan Syed Mohd Anwar Alhabshi B Syed Hamed.  Tahniah dan Syabas!

BENGKEL PROJEK PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ICT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019-2023

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Bengkel perlaksanaan Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT UTM (ISP ICT UTM) pada  7 – 9 Disember 2018 di Hotel Avillion Legacy, Melaka.  Bengkel ini diadakan adalah untuk merangka perancangan  jangka panjang  untuk projek-projek ICT UTM dalam  tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2019 hingga 2023.

 

ISP merupakan salah satu projek dalam KFA 4 dalam Pelan Global Universiti dalam perkara Transformasi Bakat, Governan dan Pencapaian Berprestasi Tinggi.  Objektif projek ini diadakan antaranya ialah untuk Mengenal pasti dan merancang pelan tindakan strategik  ICT untuk tempoh lima tahun, Membuat anggaran kos dan prioriti program ICT dan Menghasilkan dokumen/Blueprint  ISP ICT UTM 2019-2023.

 

Seramai 35 peserta termasuk fasilitator telah bertungkus lumus bagi menghasilkan hasil yang terbaik untuk CICT khususnya dan UTM.