MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN BADAN KEBAJIKAN CICT

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Pusat Teknologi Maklumat (CICT) telah diadakan pada 13 Disember 2018 (Khamis).  Majlis bermula pada jam 11.00 pagi – 01.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar Aras 4, CICT.  Program Maulidur Rasul  telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan CICT.

Majlis yang dihadiri oleh warga CICT dan pelajar praktikal CICT dimulai dengan bacaan Selawat dan diikuti dengan bacaan doa.   Ceramah Maulud telah disampaikan Yang Berbahagia Ustazah Dr. Naemah Binti Hamzah

Di samping itu, majlis sambutan hari kelahiran staf CICT pun diadakan bersama kepada staf yang menyambutnya.

Terima kasih kepada staf-staf APC 2017, staf naik pangkat, staf yang mendapat tetap dan semua staf yang yang telah menaja jamuan makan untuk majlis ini dan kepada staf CICT yang memberi sumbangan seikhlas hati (makanan/wang).

Semoga segala usaha dan sumbangan dalam menjayakan aktiviti ini akan dilimpahkan lagi rezekinya dan diberi sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT, insyaAllah.

 

Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk inti:

  • 300g daging atau ayam kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit lada putih atau lada sulah

Bahan-bahan hiasan atas:

  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • Bawang goreng
  • daun bawang
  • daun sup

Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cara-cara untuk adunan kuih cara:

Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung.

Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.

Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

 

 

Sumber : iResepi

Resepi Kueh Cara

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
  • 4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak masak
  • pewarna hijau, beberapa titik
  • gula pasir, secukupnya

Cara Penyediaan:

Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.

Bancuh santan bersama tepung gandum, telur dan garam.  Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati.  Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.

Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung.  Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh.  Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan

 

Sumber : iResepi

Resepi Begedil Ayam Sedap

Bahan-Bahan:

  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar, didadu kecil
  • 1 pokok daun sup, hiris halus
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak ayam:

Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.

Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak.  Perasakan dengan sedikit garam.

Cara untuk masak begedil:

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.

Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Ambil sedikit adunan dan buat bulat.   Kemudian leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.

Panaskan minyak.  Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.  Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Sumber : iResepi

Resepi Nasi Lemak Ayam Rendang

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 2 cm halia (hiris halus)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (dicarik dan simpul)
  • 2 batang kecil kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya.  Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam.  Kacau rata dan masak di atas api.

Kaedah rice cooker: Tekan butang dan tunggu sehingga masak.  Kacau dan tutup kembali periuk.

Kaedah masak atas api: Tanak sehingga mendidih dan sedikit kering.  Kemudian perlahankan api dan tutup tudung periuk.

Hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.

Sumber : iResepi

Resepi Rendang Ayam Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

Bersihkan ayam dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar.  Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing.  Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.

Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit.  Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.

Masukkan santan pekat dan air asam jawa.  Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.

Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

 

sumber : iResipi