2 ATLIT CICT MENGGONDOLI PINGGAT EMAS DAN GANGSA DI KEJOHANAN OLAHRAGA SUKAN MAKSAK JOHOR 2019

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pemenang utama di Kejohanan Sukan MAKSAK Johor 2019 yang diadakan di Stadium Tan Sri Azman Hashim, UTM pada 20 Oktober 2019 dengan pingat keseluruhan 10 emas, 9 perak dan 3 gangsa.  Acara satu hari itu menyaksikan penyertaan atlet dari 27 agensi kerajaan yang berlainan di seluruh Johor termasuk Jabatan Imigresen Negeri Johor, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Jabatan Kesihatan Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Pengairan dan Saliran Johor.

 

Sejumlah 15 kakitangan mewakili UTM dalam kategori Kanan dan Veteran yang mana 9 kakitangan bertanding dalam kategori Lelaki manakala 6 kakitangan dalam kategori Wanita. Empat kakitangan UTM berjaya menjadi pemenang pingat emas dua kali dalam acara masing-masing iaitu Muhammad Zaim bin Hashim dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan (800m dan 1500m; Kategori Senior Lelaki), Aznorzam binti Salleh, kakitangan dari pejabat Hal Ehwal Pelajar ( 800m dan 1500m; Kategori Veteran Wanita), Dr. Wan Mohd. Zakri bin Wan Abdullah, dari Fakulti Bina Alam dan Ukur (Lompat Tinggi dan Lompat Jauh; Kategori Senior Veteran Lelaki) dan Rohayah binti Dahar dari CICT (Javelin dan Discus Throw; Kategori Senior Veteran Wanita).

 

Sementara itu, dua pingat emas yang lain dimenangi oleh Nurhafizah binti Zaini yang bertanding dalam acara 200m di bawah kategori Wanita Wanita dan Dr Zuriahati binti Mohd Yunos dari Sekolah Pengajian, Fakulti Kejuruteraan yang memukul garisan penamat pertama di 5000m Wanita Veteran kategori. Pengurus pasukan atletik UTM, Pn. Habsah binti Jambari dari Pusat Rangkaian Komuniti dan Perindustrian tidak dapat merasakan kegembiraannya terhadap pencapaian atlet kakitangan UTM dalam edisi tahun ini Kejohanan Sukan MAKSAK Johor. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Athletic UTM, Mohd. Yusoff bin Mat Yaman dari Pusat Kecemerlangan Sukan Universiti, atas dedikasinya dalam menyediakan atlet yang membawa kepada acara ini. Kejohanan Sukan MAKSAK Johor 2019 turut meningkat sebagai acara pemilihan rasmi untuk mengenal pasti atlet untuk mewakili Johor di Kejohanan Sukan MAKSAK Kebangsaan 2019 yang dijadual diadakan pada pertengahan November di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

CICT telah diwakili oleh Puan Rohayah bin Dahar telah memenangi pinggat emas dalam acara lempar cakera dan merejam lembing mana Encik Mohd Safudin bin Nordin telah merangkul pinggat gangsa dalam acara larian 1500 meter dalam kategori Super Veteran Senior.

 

Tahniah kepada kepada kedua-dua atlit CICT.  Semoga terus berjaya dengan cemerlang dimasa-masa akan datang.

 

PELANTIKAN JAWATAN STRATEGIK JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) mengucapkan Tahniah diucapkan di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik) dan Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi) serta tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.  Semoga saudara akan dapat meneruskan kecemerlangan dan memberikan sumbangan berimpak tinggi kepada Universiti.

 

Pelantikan Jawatan Strategik Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta arahan menjalankan tugas ini diluluskan selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi berikutan kelulusan Universiti kepada penerima kenaikan pangkat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Diharap agar semua warga Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi selari dengan hala tuju UTM.

 

Pelantikan Jawatan Strategik :

 

1)      Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik)

Tn. Hj. Roslai bin Paimin (berkuatkuasa mulai 1 November 2019)

 

2)      Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi)

En. Mokhles bin Md. Sawal (berkuatkuasa mulai 1 November 2019)

 

Arahan Menjalankan Tugas :

 

1)       Menjalankan tugas Timbalan Pengarah CICT UTM KL

En. Jaffar Sidek bin Haron (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)

2)       Menjalankan tugas Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Infrastruktur dan Operasi)

En. Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)

3)       Menjalankan tugas Ketua Bahagian (Bahagian Pengurusan Strategik)

En. Nahizam bin Mohamed Top (berkuatkuasa mulai 1 November 2019 hingga 31 Disember 2019)

 

Program Team Building CICT 2019

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Program Team Building CICT 2019 pada 11 Oktober – 13 Oktober 2019 bertempat di Savana Hill Resort, Ulu Tiram, Johor.

 

Seramai 105 warga CICT Johor dan CICT Kuala Lumpur telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada 42 orang staf kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 63 orang staf kumpulan Pelaksana.  Pelbagai acara telah diadakan termasuk sukan berpasukan.

 

Program Team Building CICT 2019 adalah bertujuan memberi pemahaman dan kesedaran kepada staf CICT berhubung etika dan nilai-nilai positif yang perlu diterapkan dalam diri semua staf CICT sebagai penjawat awam yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab.  Ia juga bagi memupuk semangat kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran membuat keputusan dalam usaha untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.

 

Selain itu, program ini juga berupaya untuk menguji dan memperkukuhkan daya ketahanan metal dan fizikal staf CICT semasa berhadapan dengan cabaran dan aktiviti yang dijalankan.

 

Program Team Building CICT 2019 ini telah berakhir dengan jayanya.

 

              

PRA TAKLIMAT TEAM BUILDING CICT 2019

Untuk pemakluman semua warga CICT esok Pra Taklimat Team Building CICT 2019 dijemput semua warga CICT hadir di BMU pkl 8.45 pagi bagi program team building di Savana Hill Resort pada 11 hingga 13 Oktober

Sehubungan dengan itu juga, satu taklimat ringkas untuk Team Building CICT akan diadakan pada 10 Oktober 2019 (Khamis) pada pkl 8.45 pagi di Bilik Mesyuarat Utama.

Semua warga CICT telah hadir dalam taklimat tersebut.

 

Lawatan Delegasi UTeM ke CICT

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima kunjungan seramai 40 orang delegasi daripada Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FICTS), UTeM iaitu 39 orang mahasiswa dan seorang pegawai pengiring pada 10 November 2019 (Ahad) pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.  Mereka telah diiringi oleh beberapa wakil pelajar daripada persatuan pelajar UTM untuk membantu semasa lawatan berlangsung.

 

Tujuan lawatan adalah berorientasikan akademik di mana mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan kemudahan, infra dan servis yang terdapat di CICT.

 

Taklimat CICT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT dan telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

 

Sebelum majlis selesai delegasi telah dijamu dengan Roti Jala dan Kari Ayam dan diakhiri dengan sesi bergambar.

 

LAWATAN KERJA DAN PENANDA ARAS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Seramai 8 orang dalegasi daripada Bahagian Perumahan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Idris bin Ali, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) telah mengadakan satu Lawatan Kerja dan Penanda Aras ke Unit Perumahan dan Bahagian Perumahan serta perbincangan bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru.  Lawatan ini telah diadakan pada 25 September 2019 (Rabu), jam 3.00 petang.

 

Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangan dan mendapatkan maklumat berkaitan asrama dan kemudahan WIFI yang disediakan di kolej kediaman serta hal-hal berkaitan dengan tadbir urus, perkhidmatan dan kemudahan khasnya kepada pelajar pasca siswazah di UTM. Perbincangan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), CICT bersama dengan Pegawai-pegawai IT, CICT.

Bengkel Pembangunan Sistem MyAims

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Bengkel Pembangunan Sistem MyAims di Bilik Seminar, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru pada 4 -5 September 2019.  Bengkel ini adalah anjuran daripada TM One.

Objektif bengkel ini diadakan adalah :

  1. Dapat mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, dinamik dan professional sesuai dengan keperluan Univerisiti dan Jabatan.
  2. Menstrategi pendedahan pendigitalan unit dan jabatan selari dengan pembambangunan aplkasi serta
  3. Membantu pengurusan untuk mencapai matlamat Universiti untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang unggul dan berwibawa.

Seramai 40 peserta bengkel yang terdiri dari semua PTJ telah menghadiri bengkel tersebut.

Semoga bengkel ini akan memberikan sumbangan dan impak bagi mencapai hasrat Universiti dalam memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi.

Bengkel Penyelesaian Cabaran Pendigitalan Institusi Subject Matter Expert Kumpulan TM Unifi Bersama UTM

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Bengkel Penyelesaian Cabaran Pendigitalan Institusi Subject Matter Expert Kumpulan TM Unifi Bersama UTM pada 28 Ogos 2019 (Rabu).  Program bermula dari jam 11.00 pagi iatu taklimat kepada semua peserta bengkel yang diadakan di Dewan Seminar, CICT.   Peserta yang terdiri dari kumpulan F, kemudian dipecahkan kepada empat kumpulan di tempat yang berbeza iaitu Dewan Seminar, Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Mesyuarat Sangfor dan Bilik Mesyuarat Think Tank CICT.

Objektif bengkel ini diadakan adalah :-

a.         Menstrategi kaedah pendigitalan unit dan jabatan selari dengan pembangunan aplikasi

b.         Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan kekuatan bisnes institusi bagi mencapai pendigitalan institusi.

c.         Meluaskan pengetuahuan melalui pengalaman industri dan i sesi perkongsian dan percambahan minda.

d.         Menggunakan alat (too° yang sesuai dalam penyelesaian cabaran pemasaran, media sosial, persona designer dan pembangunan.

Program berakhir pada jam 5.30 petang.

PROGRAM HARI KELUARGA UTM 2019

Jawatankuasa Induk Hari Keluarga UTM 2019 telah mengadakan Program Hari Keluarga UTM 2019 untuk seluruh warga UTM bersama keluarga pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Program ini telah diadakan di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru. 

Seluruh warga CICT hadir bersama ahli keluarga ke Program Hari Keluarga UTM 2019.  Tema warna Zon C (CICT) ialah warna Oren.

Pelbagai acara dan permainan sukan dipertandingkan antara PTJ disamping hadiah cabutan bertuah istimewa.  Hadiah Utama cabutan bertuah akan dipilih di kalangan staf yang hadir sebelum pukul 7.30 pagi.

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menyertai pelbagai pertandingan sukan dalam pelbagai acara.  Program ini adalah salah satu program yang mempereratkan lagi hubungan sesama staf PTJ dan keluarga. Kehadiran warga UTM akan direkodkan dan diberi mata CPD.

PENERIMAAN KERETA INOVA 2.0 KEPADA CICT JB

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah menerima sebuah kereta Inova 2.0 untuk kegunaan pejabat CICT, UTM Johor Bahru yang telah berlangung pada bulan Jun 2019 jam 11.00 pagi.  Penyerahan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sharimal bin Osman wakil Pejabat Harta Bina, Johor Bahru (PHB, JB) dan telah diterima oleh Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman dan diiringi oleh Puan Sabrena bte Omar, Puan Salina bte Sihap, Encik Kamal Othman dan Encik Safudin Nordin.