PENUTUP 2023

Negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada 11 November 2023 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Semasa fasa awal MTL iaitu pada bulan November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri negeri lain di Malaysia. Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem. Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Redha dalam setiap ujian. Moga Allah hadiahkan pelangi selepas hujan.Jaga diri dan keluarga serta sentiasa patuh pada arahan pihak berkuasa.

KALIAN SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI

Semangat juang rakyat palestine terlalu luar biasa. Mengejar syahid adalah impian kalian yang tidak pernah luntur dari dulu, kini dan selamanya. Kami dari kejauhan hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Terima Kasih kalian kerana mempertahankan bumi Anbia. Sesiapa yang tinggal di sana, Allah ibaratkan mereka sedang berjihad. Selain itu, tempat tersebut juga dikenali sebagai bumi pertahanan jihad. ALLAHU AKBAR !!!!

Bumi Palestin merupakan pusat untuk kumpulan orang yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.Sabda Rasulullah SAW:

“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].

Bumi Palestin ternyata adalah tanah yang diberkati dan menjadi saksi terhadap usaha Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan akidah tauhid kepada manusia sejak zaman berzaman. Firman Allah SWT: 

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].

KETENANGAN DAN KEINDAHAN

359km adalah jarak antara kediaman kami ke Pantai Sura Dungun, Terengganu. Kedamaian, ketenangan serta keindahan mampu mengatasi kepenatan sepanjang perjalanan. Ombak Beach Resort pilihan yang tepat untuk di diami setiap kali berkunjung ke sini. Kesegaran serta kelazatan hasil tangkapan laut menarik minat untuk sentiasa ke daerah ini. 30 september yang lalu merupakan kunjungan penutup untuk tahun 2023 ke Pantai Sura Dungun. In Shaa Allah daerah ini akan menjadi kunjungan tahunan buat kami sekeluarga.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 66

Doakan negara kita Malaysia terus aman dan sentosa serta dijauhi daripada sebarang musibah…Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Malah merdeka daripada penjajahan tidak mutlak sifatnya. Lihatlah berapa banyak negara yang mencapai kemerdekaan secara fizikal, tetapi masih lagi dijajah secara bukan fizikal. Kepesatan teknologi hari ini telah memudahkan ancaman penjajahan bentuk baharu terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran. Benar penjajah sudah lama pergi. Tetapi budaya dan pemikiran mereka masih kental mencengkam setiap aspek bernegara daripada sistem politik, ekonomi ataupun sosial.

malam sambutan kemerdekaan 31 Ogos 2023

HADIRMU TANPA DI RANCANG

Siti Coco nama diberi merupakan ahli baru dalam family kami. Kehadiran tanpa diduga ini memberi sejuta makna buat semua. Kasih dan sayang kami tiada sempadan walaupun kamu hanyalah …tiada istilah pilih kasih…kedatanganmu memecah kesunyian…Welcome coco

PILIHANRAYA (PRN) 6 NEGERI TERLIBAT

12 Ogos 2023 Sabtu keluarga Malaysia menjalankan tanggungjawab untuk menentu masa depan negara. 6 negeri yang terlibat iaitu Kelantan, terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang.Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah parti pilihan kami beroleh kemenangan…

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022

Alhamdulillah setelah 26 tahun berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia . Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang pertama pada tahun 2003 dengan izin Allah ini adalah Anugerah Citra Karisma yang ke- 2 saya perolehi. Rabu 16 Ogos 2023 pasti menjadi tarikh keramat yang tersemat dalam lipatan sejarah. Perasan bercampur baur suka duka silih berganti…..pelbagai soalan harusku hadapi di antaranya kenapa dia? Apakah sumbangannya? staf lain lagi bagus, macam tak ada orang lain dan macam- macam lagi, terlalu sukar untuk menjawab setiap persoalan yang datang bertubi- tubi. Memang patut pun persoalan sedemikian, sebab saya bukan orang yang layak atau tepat untuk menerimanya. Percayalah setiap kejadian terselit hikmahnya.. Semua staf TNCPI cemerlang serta berkualiti tetapi sudah tertulis . Tahniah semua… Allah izinkan ianya terjadi….Syukur Alhamdulillah…

BRISKWALK TNCPI UTMKL

Kehadiran pada jam 8.30 pagi beserta aktiviti yang dimulakan dengan warming up dan berakhir dengan cooling down akan direkodkan kehadiran. Jom sama- sama kumpul mata CPD…