AUGMENTASI REALITI (AR)

1 – Apa itu Augmentasi Realiti ?

Augmentasi Reality atau AR  adalah teknologi penggabungan secara real-time terhadap konten digital yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. AR membolehkan pengguna melihat objek maya 2D atau 3D yang diunjurkan terhadap dunia nyata.AR menindih maklumat seperti teks, imej, bunyi, dan sebagainya pada dunia sebenar. Dalam erti kata lain, AR meningkatkan sebahagian daripada dunia fizikal pengguna dengan maklumat digital yang dijana oleh komputer.

2- Perbezaan AR dan VR.

  • Perbezaan antara AR dan VR tidaklah begitu ketara, di mana kedua-duanya memanipulasikan dunia nyata untuk membuatkan pengalaman pengguna lebih menarik.
  • Perbezaan AR dan VR adalah mencipta persekitaran maya dengan rangsangan deria. Jadi, setiap aktiviti yang dilakukan oleh pengguna memberi kesan kepada apa yang berlaku kepada persekitaran maya yang dilihatnya. Manakala dalam AR, dunia nyata dilihat terus menggunakan peranti khas seperti kamera. Data yang dikumpul kemudiannya dioptimumkan dengan grafik, audio atau video.

Perbezaan AR dan VR

Augmentasi Reality (AR) Virtual Reality(VR)
☻AR menggunakan tetapan dunia sebenar.☻VR adalah maya sepenuhnya
☻AR boleh mengawal kehadiran mereka di dunia nyata☻Pengguna VR dikawal oleh sistem VR memerlukan peranti set kepala
☻AR boleh diakses dengan telefon pintar AR meningkatkan kedua-dua dunia maya dan nyata☻VR hanya meningkatkan realiti fiksyen @ realiti rekaan
☻AR adalah penggabungan objek maya dengan dunia sebenar secara serentak dalam masa yang nyata dalam 3 bentuk proses iaitu pengecaman, pengesanan dan render ☻R adalah di mana manusia menggambarkan (visualize), berimaginasi dan berinteraksi dengan komputer dan data kompleks atau dengan kata lain manusia menjadi sebahagian daripada sebuah lingkungan virtual dan dapat bergerak di dalamnya.

Contoh aplikasi yang boleh membantu untuk menerangkan AR dengan lebih lanjut ialah Pokemon GO!

  • Pemain Pokemon Go perlu berjalan untuk mencari Pokemon yang boleh dilihat berada di dunia nyata melalui skrin telefon pintar mereka. AR tidak memerlukan sebarang peranti khas untuk pengguna merasakan pengalaman menggunakan teknologi AR, di mana hanya dengan telefon pintar yang dimiliki, mereka dapat menggunakan AR.
  • Penentuan Lokasi: Pokemon GO menggunakan teknologi GPS pada telefon bimbit pengguna untuk menentukan lokasi pemain di dunia nyata. Ini membolehkan permainan memaparkan Pokemon dan objek di lokasi yang sesuai dalam persekitaran pemain.
  • Penampilan Pokemon dalam AR: Apabila pemain menghampiri Pokemon dalam permainan, mereka boleh melihat watak Pokemon muncul dalam persekitaran di sekeliling mereka melalui kamera telefon. Ini mewujudkan ilusi bahawa Pokemon wujud dalam dunia sebenar pemain.

Manakala, contoh aplikasi VR yang ada pada masa kini ialah InCell, salah satu aplikasi VR paling popular di luar sana.

Incell ialah permainan VR pendidikan yang di atas kertas membantu anda memahami anatomi tubuh manusia. Dengan menggunakan VR, ia seolah-olah pemain akan memasuki sel manusia. Permainan ini menyediakan anda dengan pelbagai misi seperti melarikan diri daripada virus, pemvaksinan sel. Tetapi anda tidak bayangkan bahawa semua itu dipandang serius seperti anda sedang belajar sains perubatan. Sebaliknya, anda akan melakukannya dengan humor, tetapi masih mempunyai unsur pendidikan.

Melalui perbezaan yang telah dinyatakan, jelaslah bahawa AR memfokuskan pada meningkatkan pengalaman anda di dunia nyata, manakala VR mencipta dunia baharu.

3- Teknologi AR dalam membantu tugasan harian sebagai Penolong Pegawai Sains.

Antara sebab AR dapat membantu tugasan harian seorang penolong pegawai sains ialah:

  • Dapat mengelakkan kos tambahan untuk peralatan khas kerana AR tidak perlu menggunakan peralatan spesifik dan boleh digunakan melalui telefon pintar. AR dicipta melalui aplikasi mudah alih Elements 4D yang berfungsi pada mana-mana peranti mudah alih yang mempunyai kamera dan sambungan internet.
  • Pendidikan masa kini bersifat holistik dalam semua aspek termasuk aspek keselamatan kepada pelajar ketika merealisasikan kerja-kerja amali di makmal. Justeru itu, kesedaran terhadap tanda-tanda keselamatan adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa melakukan kerja amali sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di makmal. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilai kebolehan fungsi aplikasi pembangunan AR berkaitan tanda-tanda keselamatan di dalam makmal .
  • Dalam konteks keselamatan dan pemeriksaan, PPS boleh menggunakan AR untuk mengenal pasti potensi risiko atau masalah di lapangan. Mereka boleh melihat maklumat keselamatan atau panduan tambahan dalam mod AR.
  • AR boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menjalankan tugas mereka, AR juga boleh meningkatkan pemahaman saintifik serta membolehkan kerjasama yang lebih baik. Walau bagaimanapun, sekiranya ingin melihat pelaksanaan AR yang berjaya memerlukan pelaburan dalam perkakasan dan perisian yang sesuai serta latihan untuk penggunaan yang berkesan.

Contoh AR
Contoh VR